Tanpa disangka, tampil seorang lelaki yang prihatin menawarkan diri untuk membantu mereka, malah tidak meminta bayaran kerana percaya perbuatan membantu orang yang berada dalam kesusahan akan membawa kepada kebaikan pada suatu hari nanti.
"Kita buat baik dekat orang, bila kita susah mesti ada orang tolong kita balik," - Abah
Selepas interview, dalam perjalanan nak balik tiba-tiba motosikal abah habis minyak. Abah terlupa isi minyak sebelum gerak tadi. Jadi, kitorang pun parklah di pondok perhentian bas di tepi Apartment Anggun, Bukit Jalil sambil berfikir macam mana nak gerakkan motosikal legend abah tu.
About 5 minutes fikir dengan abah mana nak cari botol isi minyak. So aku pun cakaplah dekat abah, "Takpelah kita tolak je motosikal itu dulu sampai stesen minyak, kat sana mesti ada botol.
Baru saja beberapa langkah, tiba-tiba...
Datanglah seorang uncle Cina ini. Dia rushing keluar dari apartment ke kereta dia yang park di bus stop yang sama. So, dia tanya abah aku what happen?! Ayah aku pun ceritalah.
Uncle itu siap cakap, "Tunggu dalam 10 minit aaa".
Selepas 10 minit, uncle itu pun sampai bawa tong minyak weh! Sebab yelah, abah aku tak ada botol spare. Kalau ikut tong full minyak untuk tank RM7 camtu. Ayah aku hulur balik RM5, dia cakap "Tak payah, tak payah, saya tolong you hari ini, nanti orang tolong saya punyaa."
Uncle tu siap ckp" tnggu dlm 10mins aaa". After 10mins uncle tu pun smpai bwk tong mnyak weh. Sbb yela abah aku tkde botol spare. Kalau ikut tong full minyk utk tank rm7 centu la. Ayah aku hulur balik rm5. Dia ckp "takpayah2 saya tolong you hari ini nanti org tolong saya punyaa" pic.twitter.com/O0Fbzm61gW— Nebulaaa 🥀 (@belldybala_) June 27, 2019
Lalu aku pun berangkat pulang ke rumah bersama ayah dengan membawa sata vibes! Abah cakap dengan aku selepas start motosikal, "Mungkin kebaikan kita yang lepas yang kita pernah tolong orang sebelum ini ke, berbalas pada kita hari ini. Alhamdulillah".
Apa pun, abah dengan uncle Cina itu is the best for today. Abah susah payah bawa aku pergi interview. Uncle itu pula susah payah belikan minyak untuk kami dua beranak boleh bergerak balik.
Punyalah banyak kereta motor yang lalu tepi jalan besar itu, uncle itulah yang offerkan diri. Thank you uncle!
Untuk yang tanya macam mana dengan interview, Alhamdulillah aku lepas. Esok aku ada dua lagi interview dan nak merempit dengan abah lagi. But this time minyak kena spare juga.
Sumber: Nebula
from The Reporter https://ift.tt/2Nvv9NE
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2Xabdzq
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment