Seorang wanita berusia 21 tahun mendakwa dirinya dicabul dan hampir dirogol pemandu bas kilang nombor pendaftaran BHK9333, Selasa lalu.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.30 tengah malam, mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai di Singapura menaiki bas kilang itu di CIQ Bangunan Sultan Iskandar menuju Skudai.
"Hanya saya seorang sahaja dalam bas. Pemandu bas berusia lebih kurangs 30 tahun. Saya duduk di kerusi kedua sebelah kiri di bahagian hadapan.
"Tiba-tiba pemandu bas itu memberhentikan bas di bahu jalan di Jalan Skudai-Senai, berhadapan dengan McDonalds Taman Sutera.
"Dia kata dia terpaksa turun untuk melihat keadaan bas yang dikatanya rosak. Saya berasa takut dengan keadaan itu lalu meminta dia membuka pintu bas agar saya boleh turun. Tetapi dia tidak mahu berbuat demikian dan tidak membenarkan saya turun.
"Dia kemudian menutup langsir bas dan membuka seluarnya lalu meluru ke arah saya serta memeluk dan cuba untuk merogol saya. Saya sempat melawan dengan menendang dia lalu melepaskan diri.
"Saya terus lari ke tempat duduk pemandu, cuba membuka pintu tetapi gagal kerana saya panik. Saya cuba menghidupkan enjin bas menya pemandu itu ketakutan lalu membuka pintu bas menyuruh saya turun.
"Saya terus turun dan segera menghubungi bapa saya," katanya dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Bukit Indah, pada hari kejadian.
from The Reporter https://ift.tt/2IXAQzP
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/2xi2Fft
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment