loading...

Tuesday, 18 June 2019

Overdose hisap gam, remaja ditemui mati terduduk


Seorang remaja ditemui mati dalam keadaan terduduk di tapak pasar malam di Batu 4, Jalan Pantai, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu yang beralamat di Kampung Indah, Bahau, ditemui selepas polis menerima maklumat awam pada jam 2.14 petang.

“Polis ke lokasi kejadian dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Port Dickson (HPD),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, siasatan yang dijalankan mendapati tiada sebarang unsur jenayah di sebalik kematian remaja berkenaan.


“Mayat dihantar ke HPD untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian, Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut,” katanya.

Mengikut rekod polis, remaja itu pernah ditahan polis di Port Dickson awal Januari lalu kerana disyaki menghidu gam.

Sumber: Berita Harian


from The Reporter http://bit.ly/2IoUhBl
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2Xk75kz
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...