loading...

Friday, 14 June 2019

Haziq ditahan di KLIA, SKMM cari dalang sebar video 'semburit'


Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku sebagai lelaki dalam video semburit yang membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. 

Haziq dipercayai mahu menuju ke satu destinasi yang tidak diketahui sama ada dalam atau luar negara. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Haziq ditahan pasukan siasatan khas Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman, untuk membantu siasatan. 

Sementara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesahkan pihaknya dengan kerjasama PDRM untuk menyiasat dalang penyebaran video semburit tersebut. 

Satu jawatankuasa teknikal telah diwujudkan di bawah Jawatankuasa Jenayah Siber itu telah memula menjalankan tugas sejak Selasa lalu dan isu tersebut telah menjadi keutamaan dua pihak berkenaan malah turut menyiasat kesahihan dan ketulenan video tersebut. 

Bagaimanapun, SKMM tidak dapat mendedahkan sebarang perkembangan mengenai siasatan kes tersebut yang diklasifikasikan sebagai rahsia dan sulit. 

Justeru, SKMM memberi peringatan kepada rakyat Malaysia agar tidak menyebarkan maklumat dan kandungan yang tidak sahih dan sah.

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN



from The Reporter http://bit.ly/2XbaemJ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2IGv8kt
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...