loading...

Sunday, 23 June 2019

(Video) 'Abang cepat! Ada orang pegang perang datang dekat kereta!'


16 Jun yang lalu, satu keluarga dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang berparang di Perhentian Bas Marang. Ketika kejadian, suspek datang ke arah kereta dan cuba untuk membuka kereta. Nasib menyebelahi mereka kerana pintu kereta berkunci. Motif kejadian tidak diketahui samada suspek seorang pesakit mental atau cubaan untuk menyamun. Suspek kemudiannya melarikan diri setelah menyedari kehadiran ahli keluarga yang lain menghampiri kereta.

Melalui status kemaskini oleh gadis ini, suspek telah berjaya diberkas oleh pihak polis. 

Orang ramai juga dinasihatkan supaya berhati-hati dan mengambil langkah selamat dengan mengunci pintu kereta sebaik sahaja masuk ke dalam kereta. Jenayah ada dimana-mana!

KEJADIAN terjadi di Perhentian Bas Marang yang baru. Baru terjadi tadi. Kejadian menakutkan lebih kurang pukul 12.30 - 1 tengah hari.

Keluarga kaklong ada dekat Marang, mama ayah dengan adik kaklong sedang membeli tiket bas untuk mama ayah balik Putrajaya. Adik ipar kaklong dengan anak buah yang baru 2 minggu lahir ada dalam kereta berdua.

Dalam waktu menunggu, ada seorang lelaki datang bawa parang ke arah kereta dan cuba untuk membuka kereta sama ada gila atau cubaan menyamun kaklong pun tak tahulah. Tapi keadaan sangat menakutkan. Alhamdulillah kereta berkunci.

Telefon adik ipar ada dekat abg lang dan telefon mama tak ada  kredit sebab tu adik ipar guna no mama text dalam group minta tolong.


Selepas ayah, abg lang dan mama sampai orang tu lari dan mereka cepat-cepat masuk dalam kereta sebab orang tu bawa parang bahaya untuk kejar atau ambil tindakan sendiri.

Tujuan kaklong cerita ini sebab terkejut selepas dari tu orang tu masih berkeliaran di perhentian bas tu seakan mencari mangsa. Berhati-hati semua. Harap pihak berwajib buat pantauan berkala bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Kaklong hanya mampu rasa bersyukur adik ipar dan anak buah selamat. Waktu siang hari orang tu boleh buat benda macamni. Apatah lagi di malam hari. 



Ingatan untuk semua termasuk diri kaklong sentiasa kunci kereta kita bila kita masuk sahaja dalam kereta. Kita tak tahu bila kejadian tak diingini akan berlaku.

Update 16/6 2019 9.00pm, orang ini berjaya diberkas oleh pihak Polis. Alhamdulillah.

Sumber: Iedayah Ieda


from The Reporter http://bit.ly/2ZHhDrG
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2N7OeWg
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...