loading...

Friday, 14 June 2019

(Video) Tertelan pintu kunci ketika mabuk


Seorang lelaki berusia 26 tahun di Guangdong, China, mabuk teruk pada 7 Jun lalu apabila dia keluar minum bersama dengan rakan-rakannya dan pulang ke rumah pada tengah malam. 

Tetapi, lelaki yang dikenali sebagai Chang itu terkejut apabila mendapati kunci rumahnya hilang dan terpaksa meminta ahli keluarganya membuka pintu.

Chang kemudian terus masuk ke bilik dan tidur kerana dia terlalu mabuk.

Pada pagi keesokan harinya, Chang terbangun dan terasa sakit di bahagian dada lalu pergi membuat pemeriksaan di Hospital Dongguan. 

Selepas menjalani imbasan x-ray, doktor mendapati dada Chang mengalami kesakitan kerana terdapat kunci di dalam badannya. 

Doktor mengesyaki Chang menelan kunci itu semasa dia mengalami mabuk teruk, menyebabkan Chang tidak menemui kunci pintu rumahnya pada malam kejadian. 

Chang berkata, dia sendiri tidak dapat ingat apa yang berlaku ketika dia mabuk dan mengakui terkejut melihat hasil sinaran x itu. 


Doktor segera mencari jalan untuk mengeluarkan kunci tersebut kerana bimbang kunci itu termasuk ke bahagian lebih dalam boleh mengakibatkan kemudaratan yang lebih teruk seperti esofagusnya terkoyak sekiranya mereka cuba mengeluarkan kunci itu secara paksaan. 

Doktor berjaya mengeluarkan kunci tersebut selepas melakukan pembedahan terhadap Chang. 



from The Reporter http://bit.ly/2XNhqm6
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2WI9Isi
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...