loading...

Sunday, 23 June 2019

'Orang yang tak pernah rasa menorrhagia bolehlah gelak puas-puas' - Disindir guna disposable panties, wanita ini selar golongan netizen otak tak empuk


Apabila menjengah usia akil baligh, golongan perempuan akan mula 'datang bulan'. Setiap perempuan mempunyai kitaran haid yang berbeza. Oleh itu mereka selalu digalakkan untuk menjaga kebersihan diri dan kerap menukar tuala wanita untuk mengelakkan jangkitan bakteria. 

Baru-baru ini, tular di Twitter mengenai tuala wanita terbaru yang dikeluarkan oleh Librese. Ada yang menyokong dan tak kurang juga yang menjadikannya sebagai bahan sindiran. Namun, perkongsian wanita ini di Facebook menyatakan tuala wanita tersebut merupakan sebagai satu keperluan bagi wanita yang menghidapi menorrhagia. 

MENORRHAGIA adalah satu medical term yang membawa maksud kitaran darah haid yang berpanjangan atau berlebihan (prolonged menstrual and heavy bleeding).

Maaf andai imej di bawah ini buat anda loya tekak tapi saya buat posting ini untuk bagi sedikit kesedaran buat para wanita yang mana tak pernah mengalami kejadian seperti dalam gambar agar jangan memperlekehkan menorrhagia dan segera dapatkan nasihat doktor jika ianya berlarutan. 


Entah apa yang lawak sangat bila ada satu wanita buat perkongsian di Twitter tentang disposable panties keluaran Librese. Saya dapati rata-rata yang gelak adalah kaum wanita sendiri. Kaum lelaki kalau gelak elok sangatlah itu. Tak tahu nak kata apa dah.

Bagi saya, inilah satu inovasi yang sangat baik untuk wanita yang malang macam saya. Sekurang-kurangnya seluar dalam tak lagi kotor. Tukar pun taklah sampai 8 pad dalam masa 24 jam.

Orang yang tak pernah merasa menorrhagia bolehlah gelak puas-puas tapi kami kaum wanita yang setiap datang bulan kena keluarkan kos yang banyak untuk pad 40cm-42cm, tukar setiap 3 jam (total 8 pad sehari) setiap kali datang bulan seluar dalam akan ada blood stain, setiap kali datang bulan ada blood clots macam isi hati ayam lebih dari 5 hingga 6 genggam (kalau timbang adalah kot dalam sekilo), setiap kali datang bulan berpanjangan dan banyak, setiap kali datang bulan ada saja tembus di seluar, skirt dan cadar tilam.

Bayangkan satu pek pad 42 cm hanya ada 8 bungkus di dalam bernilai antara RM8-RM10 ikut tempat dan kedai. Saya punya ini beli di Pekan Bau dan bagi saya heaven sebab ada murah sikit berbanding di Labuan. Satu pek 8 pad ini hanya bertahan untuk 1-2 hari sahaja. Seminggu kena guna 7-8 pek (RM80/SEMINGGU). Kalau haid berhenti seminggu tak apa. Kalau berlarutan sampai sebulan? RM240/SEBULAN hanya untuk pad sahaja. 

Belum saya sentuh Hb darah selepas datang haid mesti borderline. Makan vitamin, makan bayam, makan hati ayam untuk naikkan balik sebab nak elak tranfusi darah. Syukurlah setakat ini tak pernah sampai kena tranfusi darah.

Anda tak pernah rasa? Bolehlah gelak. Gelak lagi sepuasnya. Saya cuma boleh berdoa anda tak merasa apa yang saya dan wanita lain rasa. Seksanya MENORRHAGIA WITH BLOOD CLOTS.

Lelaki, anda bersedia untuk semua ini? Lagi-lagi kalau selepas bersalin. Gelak dulu sekarang masih bujang, kan? Ejek dulu cakap pakai pampers. Ejek dulu puas-puas. Saya doakan bakal isteri kalian sihat dan baik-baik saja. 

Yang sangat sensitif soal haid,
Nado.



from The Reporter http://bit.ly/2Y9GAvl
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://bit.ly/2ICwMF2
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...