loading...

Wednesday, 2 August 2017

Tinggal anak dalam loker, ibu bapanya pergi berseronok di kolam renang


CHINA - Tindakan pasangan suami isteri yang tergamak meninggalkan anak kecil mereka di dalam loker bilik persalinan, mengundang kemarahan netizen selepas video dan gambar insiden itu viral di media sosial. 

Video menunjukkan si ibu menarik keluar anak kecilnya yang menangis keluar dari kabinet kayu. Difahamkan pasangan itu meninggalkan anak mereka dalam loker kerana mereka tidak mahu menjaganya ketika mereka sedang mandi di kolam renang awam. 

Kakitangan kolam renang yang membantu pasangan itu membuka pintu loker tersebut terkejut apabila dia mendapati ada seorang kanak-kanak di dalamnya. 

Tidak dapat dipastikan sama ada kanak-kanak itu lelaki atau perempuan atau berapa lama sudah berada di dalam loker tersebut. 

Bagaimanapun menurut laporan, meskipun kanak-kanak itu menangis apabila dikeluarkan dari loker, dia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sesak nafas. 


Video insiden itu kemudian dimuat naik ke media sosial dan mencetuskan kemarahan netizen terhadap pasangan suami isteri berkenaan yang mementingkan diri. Rata-rata netizen terkejut dengan sikap pasangan itu dan menuduh mereka cuai, pentingkan diri dan tidak bertanggungjawab. 


"Kanak-kanak itu kelihatan tidak berdaya apabila dikeluarkan dari loker tersebut. Tentunya dia rasa takut dan trauma apabila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sempit," kata netizen. 

"Tergamaknya pasangan ini. Anak bukan objek untuk diletak dalam almari. Kalau keadaan tidak mengizinkan untuk pergi ke kolam renang, jadi tak perlu pergi, dari menyusahkan orang." kata netizen. 


from The Reporter http://ift.tt/2f7XMzR
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2hnLIev
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...