KUALA TERENGGANU - Viral gambar betis kaki kiri seorang kanak-kanak perempuan cedera akibat terkena gam yang berbahaya, mencetus pelbagai reaksi netizen khususnya golongan ibu bapa.
Menurut ibu mangsa, Fara Lia, kaki anaknya terkena gam tersebut yang melekat kuat sebelum pergi mendapatkan bantuan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) baru-baru ini. Dan dalam masa yang sama beliau meminta ibu bapa semua berhati-hati dan tidak menyimpan gam tersebut di rumah.
"Baru ada masa nak kongsi. Bukan nak menyalahkan sesiapa, hanya sekadar berkongsi kisah. Semoga kita semua berhati-hati.
"Inilah gam yang anak saya kena. Tengok rupa macam suci murni saja, kan? Tetapi kesannya terlalu bahaya. Too danger! Kena berhati-hati. Disebabkan ramai yang bertanya kenapa anak saya ditahan wad di HSNZ, saya kongsi ceritanya secara ringkas.
"Anak perempuan saya berusia 3 tahun, dan gam ini terkena di atas seluarnya. Masa itu dia pakai seluar legging. Jadi gam ini sangat cepat menyerap dan terkena isi betis dia.
"Akibatnya anak saya kena bedah, bukan pembedahan biasa.Tetapi oleh kerana isi betis dia terdedah kepada gam ini, doktor terpaksa korek atau lapah sampai paras lemak untuk membuang isi daging yang terdedah dengan merkuri gam ini. Kulit di bahagian paha diambil dan ditampal di betis.
"Doktor pun ada kaji kandungan gam ini, memang berbahaya. Jadi kepada ibu bapa semua yang ada anak hiperaktif, elakkanlah menyimpan gam ini di rumah atau di mana-mana tempat yang mudah dicapai oleh anak-anak.
"Saya sendiri pun trauma dengan gam ini. Allah saja yang tahu betapa sedihnya melihat anak sakit. Orang dewasa seperti kita ini pun perlu berhati-hati," tulisnya di Facebook.
Selepas kongsi beberapa gambar anak terkena gam ini, ada beberapa ibu bapa yang turut tampil berkongsi pengalaman anak mereka terkena gam yang sama.
Semoga anak Puan Fara Lia cepat sembuh dan semoga apa yang berlaku menjadi peringatan buat ibu bapa semua agar lebih berhati-hati.
from The Reporter http://ift.tt/2wL43Wq
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2vz6bCi
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment