loading...

Monday, 14 August 2017

Media sosial dan sesi reunion antara punca pasangan curang sehingga menyebabkan perceraian


KUALA LUMPUR - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menerusi kajiannya mendapati, penggunaan media sosial secara meluas dan penganjuran program pertemuan tautan kasih alumni sekolah (reunion), menjadi antara pencetus kecurangan sehingga menyebabkan pasangan suami isteri bercerai, lapor Berita Harian. 

Selain menjalinkan hubungan menerusi aplikasi sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat dan Instagram, LPPKN juga turut mendapati isu kecurangan membabitkan hubungan terlarang di pejabat, hubungan dengan teman laman yang terjalin selepas menghadiri reunion sekolah dan sebagainya. 

Dalam kajian LPPKN menerusi Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5), mendapat kecurangan kini berada pada tangga kedua selepas tiada persefahaman yang menjadi punca utama perceraian dalam kalangan pasangan yang dikaji. 

KPKM-5 mendapati, 56.2% lelaki yang dikaji mengakui tiada persefahaman menjadi punca perceraian, manakala 11.8% lagi bercerai kerana isteri berlaku curang. 

Dalam kalangan wanita pula, 20.5% mengakui perceraian yang dialami mereka disebabkan kecurangan suami, manakala 38% disebabkan tiada persefahaman. 


Berdasarkan statistik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kes perceraian membabitkan pasangan bukan Islam pada tahun lalu adalah 9,900 kes dengan tiga negeri mencatatkan kes tertinggi iaitu Johor (1,814 kes), Kuala Lumpur (1,745 kes), dan Sarawak (1,169 kes). Sehingga 30 Jun tahun ini, 3,069 kes perceraian didaftarkan. 

Bagi pasangan beragama Islam pula, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia merekodkan sebanyak 48,077 kes perceraian sehingga Oktober 2016, manakala sebanyak 63,463 perceraian berlaku sepanjang 2015. 

Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Dr Siti Norlasiah Ismail berkata, berdasarkan dapatan KPKM-5 yang dijalankan setiap 10 tahun itu, pihaknya bersetuju kecurangan dalam perkahwinan menjadi antara punca utama keretakan rumah tangga sehingga menyebabkan perceraian dalam kalangan pasangan suami isteri di negara ini. 

Beliau tidak menolak kesan penggunaan media sosial seperti Facebook, WhatsApp, WeChat dan Instagram berpotensi menyumbang kepada kecurangan sekiranya tidak digunakan secara bertanggungjawab.

"Penceraian menjadi langkah terakhir apabila wujud pihak ketiga sehingga memusnahkan perkahwinan kami yang menginjak usia lima tahun, kata seorang pekerja swasta berusia 37 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mariana itu. 

Mariana mengakui dia tersilap langkah berkenalan dengan seorang lelaki pada 2011 yang mendorong dia berlaku curang terhadap suaminya. 

Pada awalnya mereka hanya berkawan sahaja, namun hubungan itu bertukar kepada kekasih apabila mereka selalu bertemu selepas habis waktu bekerja. 

Bagaimanapun, kecurangannya itu terbongka selepas suaminya membaca perbualan SMSnya bersama lelaki terbabit di telefon bimbit sebelum nekad bercerai. Mariana kini tinggal bersama lelaki terbabit, tetapi masih belum mempunyai ikatan yang sah. 


Dalam kes kedua, Tina, 37, menjadi janda selepas bercerai dengan suaminya yang menyimpan kekasih lama sebagai perempuan simpanan. Ibu kepada seorang anak itu terkilan apabila mendapati rumah tangga yang dibinanya sejak dua tahun rupa-rupanya telah dikhianati. 

Menurut Tina, suaminya sudah berhubungan dengan kekasihnya itu sejak lima tahun yang lalu, sebelum dia dan suaminya berkahwin. Suaminyga juga mengakui bahawa dia lebih mencintai kekasihnya berbanding Tina, menyebabkan Tina nekad mengambil keputusan untuk bercerai.

"Kami berkahwin atas dasar pilihan keluarga dan sebelum perkahwinan itu berlangsung, bekas suami tidak pernah beritahu perkara sebenar sehinggalah dia kantoi apabila terjumpa pakaian dalam wanita di dalam bagasinya ketika dia baru pulang dari bercuti di luar negara," katanya. 

Di Shah Alam, Joe, seorang penguatkuasa kerajaan kini di ambang perceraian dengan isterinya selepas terjebak citna tiga segi selepas menghadiri acara reunion yang diadakan sempena sambutan Aidilfitri, dua tahun lalu. 

Menurut Joe, dia terjumpa semula dengan bekas rakan sekelasnya itu yang masih bujang dan mula berhubungan melalui WhatsApp. 


from The Reporter http://ift.tt/2vzdZEc
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2wZmiac
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...