Dalam pendedahan yang dimuat naik sejak Selasa lalu, Puan Nor Hasniza Abu Zarin juga mendedahkan individu yang tidak bertanggungjawab itu telah menggunakan talian telefon mahkamah secara haram bagi memperdayakannya.
Berikut pendedahan dari Puan Nor Hasniza Abu Zarin:
Susulan kes report polis haritu ramai sangat wasap tanya kenapa...Ok harini nak cerita penuh ye supaya xde org lain terkena.
TOLONG VIRALKAN!! HARAP SANGAT TAK ADA SAUDARA MARA KITA YANG TERKENA!!
Ceritanya 2 hari lepas dalam pkul 11 pagi cmtu tengah feeling2 tidurkan Hamka,dapat 1 panggilan dari 07-2212022 dan diberitahu dari Mahkamah Tinggi Johor Bharu namanya MOHD SYAFIQ BIN MUSA selaku Admin mahkamah katanya.Dia tanya kenapa saya x datang mahkamah untuk bicara harini...Dah 2 kali surat mahkamah hantar kerumah tp x hadir. Tengah atas katil kot cakap pasal bicara..Mau x terperanjat mak..
.
Katanya sebab kes hutang kredit card Public Bank berjumlah RM32,800..OMG! ...Memang x pernah terfikir langsung lah nk bukak kredit card sejak dari baby lagi dan memang 100% saya nafikan lah...Tambahan lagi bukak kat JB..Rasanya last dulu 3 tahun lepas ada lah pergi JB tu pon trip kolej ke Singapore...Takde pulak nyempat nk ke bank bagai.Pastu dia syak ada pihak pihak ketiga yang dah gunakan maklumat peribadi saya.
.
Diberitahu lagi kalau kes ni x selesai secepat mungkin saya boleh terima waran tangkap dan boleh dpenjara 5 tahun.Nak x nk dia suruh saya pergi report di IPK JB harini juga. Sekarang ada kat Selangor memang tak boleh nak kesana lah..Nak cek kat Public Bank pon x boleh sebab harini Ahad bank sini cuti..Dan lg 1 option dia suruh sy bercakap dengan polis di IPK JB minta diorang faxkan keterangan ke mahkamah sekarang juga...
.
Terus panggilan tu disambungkan ke IPK JB.. Pelik jugak boleh ke dari Mahkamah sambung ke IPK ..Dia ckp dia ada kuasa untuk sambungkan kesana..Ok Baiklah...
.
Lepas tu ada seorang lelaki jawab telefon dan mendakwa dia Sarjan Chia no badan (RN14136).Dia minta sy beri keterangan tanpa ada sebarang selindung . Saya pon terangkan semua kat Sarjan tu apa yang admin mahkamah tu beritahu tadi.Dia pon semak akaun saya dan mengesahkan memang ada pihak ketiga yg pakai maklumat peribadi saya..
.
Dan lebih terperanjat lagi dia kata saya ada jual debit card saya pada 1 orang lelaki Cina dan dah terima habuan sebanyak 10% iaitu RM228.000.Dan sarjan tu cakap dalam akaun saya sekarang ada RM2.28juta dalam masa 2 bulan dan dakwa ada berkomplot dalam sindiket dadah dan sindiket kongsi gelap.
.
Sarjan tu pesan lagi jangan bocorkan apa2 maklumat pd sesiapa semasa siasatan dijalankan termasuk keluarga,kawan,adik beradik @ sesiapapon sebb boleh disabitkan bawah seksyen 8 1972 akta rasmi. Dia pesan lagi tolong bagi kerjasama untuk cari bukti lebih dalam lagi. dan dia tanya ada tak pakai apa2 bank lain dan beritahu dengan jujur..Baru nak jawab "ada"suami terus rampas telefon dan secara merta mertanya panggilan dari sana terus diletakkan..Tuttttttttt.....
.
Bermakna terbongkarlah disitu dari mahkamah lah,sarjan lah,IPK lah,semua cubaan nak mencuri duit dalam bank den...HAMPEH!! Teknik scammer terbaru.
.
Jangan tanya kenapa saya layan kenapa saya percaya sebb kata2 diorang buatkan kita akan percaya..Korang tak kena lagi jadi sentiasa beringat.Tambah lagi mmg tak dinafikan saya memang mudah percaya cakap orang a.k.a lurus..Dah jangan ditanya lagi.
.
Suami pon dah telefon no yang diorang buat panggilan tu, dan memang betul tu no fon mahkamah tinggi Johor. Diorang pon cakap dalam 2 minggu ni ramai yang report kes yang sama jalan cerita yang sama cuma amount nya berbeza.Scammer curi line mahkamah.
Dan report polis dah dibuat,polis pon dakwa bukan perempuan je yang kena ,lelaki sado,driver lori,ejen hartanah,tauke kedai pon dah terkena sampai semua duit dalam bank 0..No tel Bukit Aman pon dah diorang berjaya curi.Ayat2 diorang mmg power dan lakonan menjadi. (Padahal no badan polis,segala akta2 tu habis diklentongnya.)
.
Harap tak ada sapa lagi yang jadi mangsa. Sentiasa hati2 dengan manusia tamak nak cari duit cepat ni.Yang wanita bekerjaya tu ckp je surirumahtangga jgn dedahkan maklumat peribadi pada org yg kol kita x kenal..Tambahan dia dah ada alamat lengkap kita semua...Pesan juga pada mak ayah kita kat kampung jangan nnti duit tabung haji pon dikautnya...
.
Boleh tgok video bawah ni antara perbualan saya dengan sarjan pembongak ni.
Mungkin tektik lain @ jalan cerita lain lepasni, please be aware..
TERIMA KASIH yang ambil ikhtibar dengan kes yg sy kongsikan haritu...Ada yang positif dan ada yg komen negatif. Tak apa asalkan saya dah jalankan tanggungjawab sy harap x ada lagi yang terkena.
.
Ada yang cakap sepatutnya ni kes polis ,x perlu viralkan biar polis buat kerja dia... Buat yg cakap mcmtu,adakah anda terlibat sama dalam kes ni? Adakah anda sarjan Chia @ Syafiq Musa yg kol sy haritu? dan tahu x apa maksud scammer? Ni bukan kes curi motor yg kite kena senyap2 sampailah polis jumpa si pencurinya. Scammer ni awak duduk diam2 pon ada yang tengah dok perati akaun awak.. Kalau tak awak,nak ke kalau ada kalangan saudara mara awak kena mcm sy kena?..
Buat yang komen "macammana lah sy boleh percaya dengan org tu,dah terang2 penipu". Kalau xde sorang pon yg percaya,maka xkan ada terkena sampai beribu yang habis...Ni bukan kes yang pertama,dah banyak kali.Cuma bila terkena kat diri sendiri memang rasa DIPUKAU..Awak yang ada disekelilinglah yg patut tolong .
TOLONG RAMPAS TELEFON ANDAI RASA PANGGILAN TU MENCURIGAKAN SEBAB KAMI YANG TERKENA TAK KAN SEDAR APA2!!
Mungkin lepasni manusia tu tak pakai nombor mahkamah ni,mungkin dia akan gunakan nombor yang lain...Harap semua lebih berhati2 ..Sentiasa berpesan2 sesama kita.
Ada juga tu yg cakap "Jangan2 orang dalam punya kerja,pihak yg berkenaan pon mungkin terlibat sama",sesungguhnya fikiran awak tu lebih jauh dan lebih canggih dari scammer tu...Bila dalam hati selalu fikir negatif,sampai tak boleh nilai mana yang baik dan mana yang tak baik...
Buat awak, ni video rakaman perbualan antara pihak mahkamah tu sendiri (Nombor yang sama tapi Mahkamah sebenar) sebelum saya buat report polis hari Isnin sehari selepas kejadian. Pon sempat saya rekodkan.
Harap semua jelas dan ambil ikhtibar.
Yang menjadi mangsa,
Surirumahtangga sepenuh masa
from The Reporter http://ift.tt/2urEyMB
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2urymA6
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment