loading...

Sunday, 27 August 2017

'Pergi kenduri, nampak pekerja katering merokok di tempat penyediaan makan' - Doktor


Pergi kedai makan, ada saja bau rokok biarpun ada tanda larangan merokok. Nak lalu tangga kecemasan pun ada yang melepak berkumpulan atau berseorangan, merokok. Dah jadi tak selesa nak naik turun tangga. Pergi pasar tani atau pasar malam pun, ada saja yang merokok sambil berjalan. Pendek kata golongan ini ada saja di mana-mana sehingga menimbulkan rasa tidak selesa pada orang lain. 

Seperti yang diceritakan oleh Doktor Kamal Afdhal yang ternampak beberapa pekerja katering yang merokok di tempat penyediaan makanan. Tak rasa geli ke nak makan? 

HARI INI dalam sejarah. Pergi kenduri, nampak pekerja katering hisap rokok di kawasan penyediaan makanan. Nampak business card tokey katering yang merata-rata di atas meja jemputan. Ambil telefon dan call. 

Doktor: "Assalamualaikum, boleh cakap dengan Cik X? Cik ini owner katering xxx, kan?"

Cik X: "Waalaikumussalam. Ha'ah, ye. Kenapa encik?"

Doktor: "Saya pegawai kesihatan dari pejabat kesihatan xxx. Saya nampak ada pekerja awak merokok di kawasan penyediaan makanan ini. Saya dah ambil gambar sebagai bukti. Saya cuma nak beri amaran supaya Cik X buat sesuatu agar pekerja itu berhenti merokok sekarang sebelum saya mengambil tindakan undang-undang ke atas syarikat Cik X sekarang, walaupun saya off duty." 

Cik X: "Oh yeke? Macam ni..."

Contoh kes keracunan makanan selepas makan makanan di kenduri kahwin
Doktor: "Cik tahu kan, merokok di tempat awam ini salah dari sisi undang-undang dan sudahpun diwartakan? Jadi saya cuma nak beri pesanan awal-awal agar perkara ini berhenti sekarang. Kalau tidak, saya terpaksa menjalankan tugas dengan memanggil pasukan saya datang untuk buat serbuan," 

Cik X: "Baik encik, saya minta maaf, terima kasih."

Dari jauh, kelihatan seorang wanita mengantoikan pekerja-pekerjanya yang sedang merokok secara berjemaah di keliling periuk-periuk. Semua pekerja kembali meneruskan kerja dengan masam mencuka. 

Antara beberapa perbuatan yang tidak boleh dilakukan oleh pengendali makanan ketika sedang mengendalikan makanan
Kalau semua orang awam boleh bersama saya menegur perokok di tempat awam tanpa henti secara berhemah, inshaAllah orang awam tidak lagi terasing di bumi sendiri.

Bila viral tentang usaha saya menghentikan perokok yang sedang menyediakan makanan di kenduri, ramai yang memberikan komen menyokong. Namun lama kelamaan ada yang memberi komen-komen sinis, malah memperlekehkan teguran saya itu. 

Saya tak katakan mereka salah tetapi mesej yang ingin disampaikan ialah, kita semua tak kira peringkat perlu menunjukkan secara terbuka akan kebencian kita pada perbuatan merokok di tempat awam tanpa menghormati orang lain. Kita lakukan berdasarkan kepada kapasiti kemampuan kita. 



from The Reporter http://ift.tt/2viZSEx
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2wh03gR
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...