loading...

Monday, 14 August 2017

Berang suami tak jawab panggilan telefon, isteri gantung leher bayi dengan tali


THAILAND - Seorang ibu sepatutnya melindungi keselamatan anak mereka, namun baru-baru ini seorang wanita berusia 28 tahun dikecam netizen selepas videonya yang dirakam dan dimuat naik ke media sosial pada Jumaat, 11 Ogos lalu menunjukkan dia sedang mengantung leher bayinya berusia 22 tahun.

Lapor Oriental Daily, wanita itu bertindak demikian kerana marah dengan suaminya yang tidak menjawab panggilan telefon yang dibuat beberapa kali. 

Dalam rakaman video berdurasi lebih dari satu minit itu menunjukkan dengan jelas wanita itu berada dalam keadaan marah dan memaki hamun suaminya. Dalam masa yang sama, dia meminta suaminya segera pulang ke rumah dan menjaga anak mereka. 


Wanita terbabit kemudian mengambil anak lelakinya dari katil dan diikat dengan tali berwarna hitam di leher bayi malang itu dan mendesak si suami menjawab panggilannya. 

Dia kemudian mengangkat tali itu pada paras ketinggian bahunya, menyebabkan mangsa tercekik lebih kurang 7 saat sebelum diletakkan semula ke lantai dan membalingnya ke tilam berhampiran. 


Mangsa yang tidak berdaya dan tidak faham mengapa ibunya sanggup memperlakukannya seperti itu menjerit dan menangis. Sementara itu, wanita itu berkata pada suaminya bahawa anak mereka masih hidup kerana dia yang mengizinkan si kecil itu terus bernafas. 

Wanita itu sekali lagi mengugut suaminya, jika dia tidak mengambil anaknya atau menjawab panggilannya, dia akan membunuh bayi itu kerana dia tertekan dan hampir hilang kewarasan. 

Nenek mangsa yang menonton video itu kemudian meminta bantuan kerana bimbang dengan keselamatan cucunya itu. 


Lapor Bangkok Post. pihak berkuasa segera menyerbu kediaman wanita itu di Lat Krabang, Bangkok, untuk menyelamat mangsa. Ketika ditemui, mangsa berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Difahamkan, mangsa telah diambil dari ibunya. Selepas wanita itu bertenang, dalam sidang medianya wanita itu mengaku bahawa dia menyesal dengan perbuatannya itu. Dia menjelaskan tindakannya itu dilakukan kerana dia mengesyaki suaminya mempunyai perempuan lain dan dalam masa yang sama dia mengalami depresi. 



from The Reporter http://ift.tt/2vDaafw
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2w7QuT4
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...