loading...

Monday, 14 August 2017

Tiada masalah 'PM tepi', tetapi peniaga wajib papar 8 kriteria ditetapkan KPDNKK


PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tampil menjelaskan bahawa kerajaan tidak menghalang peniaga untuk 'PM tepi', sebaliknya meminta golongan peniaga online memaparkan lapan kriteria yang diwajibkan tersebut. 

Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPNKK, Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, tiada masalah untuk 'PM tepi' tetapi peniaga harus memaparkan lapan kriteria perniagaan online di bawah Peraturan-peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, Akta Perlindungan Pengguna 1999. 

"Tak salah 'PM tepi' tetapi peniaga online wajib paparkan lapan maklumat ini iaitu nama penjual atau syarikat, harga perlu dibayar, nombor pendaftaran perniagaan, maklumat untuk dihubungi, keterangan produk, kaedah pembayaran, terma dan syarat serta anggaran masa penghantaran. 

"Arahan ini bukan berniat menyusahkan peniaga tetapi bertujuan melindungi pengguna. 'PM tepi' ini tiada masalah asalkan lapan perkara ini ada. Ini maklumat asas urus niaga atas talian. 



"Jika semua ini dipaparkan kemudian peniaga dan pelanggan nak 'PM tepi' untuk penjelasan lanjut atau tawar menawar, itu terpulang kepada mereka," katanya dalam rancangan Ekspresi Khas di Bernama Radio. 

Menurut Mohd Roslan, peraturan itu digubal pada 1 Julai 2013, namun belum dikuatkuasakan sepenuhnya kerana mahu memberi ruang untuk peniaga online membiasakan diri sebelum mematuhinya. 

"Jadi saya rasa sudah tiba masanya untuk dilaksanakan kerana ia bertujua mengawal selia urus niaga jual beli online. Hal ini dirasakan perlu kerana perniagaan online adalah urusan maya yang bermaksud pembeli tidak boleh menyentuh barang atau perkhidmatan itu secara fizikal, jadi peniaga perlu menjelaskan segala maklumat yang perlu diketahui oleh pelanggan dan tidak perlu 'PM tepi' untuk tahu perkara-perkara asas," katanya. 


Tambahnya, pada 2012 dan tahun sebelumnya, KPDNKK banyak menerima laporan yang membabitkan isu penipuan pengguna. Misalnya, beli produk lain, sampai di tangan pembeli adalah produk lain, bukan seperti yang dipaparkan. Sebagai contoh, beli telefon bimbit tetapi yang sampai adalah lesung batu, dengan paparan harga yang tidak jelas menyebabkan pengguna tertipu. 

Justeru, KPDNKK merasakan adalah keperluan bagi pihaknya melaksanakan peraturan ini segera bagi melindungi pengguna dan menetapkan etika dalam perniagaan online. 

Mana-mana peniaga online yang ingkar dan didapati bersalah boleh didenda RM50,000 atau tiga tahun penjara ke atas individu, manakala bagi pertubuhan atau perbadanan denda sebanyak RM100,000. 


from The Reporter http://ift.tt/2uEweZG
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2vypueU
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...