Dalam laporan Harian Metro semalam, Joy turut kecewa apabila Hafiz mempertikaikan permohonan faraq atau pembubaran nikah yang diserahkannya ke pejabat agama pada 18 Ogos lalu.
"Saya kecewa apabila dokumen yang dibawa bertemu pihak media semalam dipertikaikan. Buat masa sekarang, peguam menasihati saya untuk tidak memberi sebarang komen kerana prosiding belum selesai.
"Saya tidak mahu timbul isu yang lain pula seperti kerja kotor dan penyebaran fitnah," katanya.
Dalam masa yang sama, Joy juga turut menafikan bahawa tindakannya itu adalah sebahagian daripada strategi pemasaran produk kosmetiknya.
"Cukuplah! Berhenti berkata yang bukan-bukan. Ini hal perkahwinan dan membabitkan maruah saya. Ia tiada kaitan dengan pemasaran perniagaan atau sengaja mencetuskan sensasi.
"Tunggu saja 14 September nanti, saya akan dedahkan segala bukti dan maklumat yang ada. Di mahkamah nanti saya akan cerita lebih lanjut siapa yang salah memberikan nasihat, siap bersama saya dan kenapa dokumen ini dibuat," katanya.
Joy berkata, dia mula sedar dirinya dimanipulasikan oleh pihak tertentu selepas bertemu peguam syarie yang dilantik.
Sementara itu, bekas suami Joy, iaitu Datuk Ray Imran, mempersoalkan niat Hafiz yang didakwanya sengaja memanjangkan kontroversi perkahwinannya itu.
Ray atau nama sebenarnya, Mohd Rayos Abdul Rahim berkata, dia kesal dirinya terpalit sama dalam kontroversi itu, sedangkan dia sudah memberikan kerjasama sebelum pasangan itu bernikah, Mei lalu.
"Saya terkejut, apa motif Hafiz yang masih memanjangkan isu ini? Kalau betul dia sayang Joy, perkara ini tidak akan timbul.
"Saya rasa ada sebab lain yang cuba diselindung Hafiz," katanya memetik laporan dari Berita Harian.
Ray turut mempersoalkan mengapa Hafiz masih ragu-ragu sedangkan pasangan itu sudah berbulan madu di Taipei sambil menjayakan program terbitan syarikat televisyen swasta, baru-baru ini.
"Sudah pergi berbulan madu di Taiwan, kenapa ragu-ragu? Jika benarlah Joy tidak pandai memberikan kerjasama menyelesaikan masalah, dia sebagai suami perlu bertindak lebih matang.
"Biasalah perempuan kalau rasa diabaikan, mereka beremosi" katanya.
Dalam sidang media petang semalam, Hafiz menyenaraikan 13 perkara utama mengenai isu rumah tangganya bersama Joy. Antaranya, dia sudah berkali-kali meminta surat perakuan cerai dari Joy sebelum berkahwin, namun Joy sentiasa memberikan alasan.
Ketika sesi soal jawab bersama pihak media, Hafiz mengakui sejak dari hari pertama dia tidak pernah tinggal bersama dengan Joy, malah tidak pernah 'bersama' dengan Joy kerana meragui status perkahwinan mereka berikutan tiada surat perakuan cerai dengan bekas suami Joy terdahulu.

from The Reporter http://ift.tt/2wllAah
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2vXyudP
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment