Sidney Woytasczyk, 21, didakwa atas pertuduhan membuang anak selepas bayinya yang baru lahir itu ditemui di atas batas tanaman bunga berdekatan dengan pangsapuri kediamannya di Houston, pada jam 11.30 malam, Rabu.
Pendakwa raya berkata, Sidney melahirkan bayi itu di dapur, menyentap urinya sehingga terputus dan membiarkan bayi itu terdedah begitu sahaja di atas batas tanaman bunga kerana bimbang teman lelakinya tidak dapat menerima kehadiran bayi berkenaan, lapor ABC13.
Albert Peterson, terdengar suara tangisan bayi dan setelah memeriksa keadaan sekeliling, dia menemui mangsa di tempat yang sama dalam keadaan dihurung semut, sekitar jam 5 pagi keesokkan hari. Peterson mengambil mangsa dan membersihkannya sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.
Polis tiba di tempat kejadian dan mendapati ada kesan-kesan darah di kawasan berhampiran lalu menjejak hala tuju kesan darah tersebut yang menghala ke sebuah pangsapuri yang didiami oleh Sidney dan teman lelakinya, Skillern.
Pendakwa raya berkata, Sidney dalam keterangannya menyatakan dia dapat merasa bayi itu berpusing di dalam rahimnya sebelum terkeluar dan terjatuh di lantai dapur. Malah mengaku telah menyentap uri bayi itu sehingga terputus dan membiarkan mangsa berada dalam keadaan terdedah begitu sahaja di luar rumah.
"Dia menjelaskan dengan terperinci bagaimana kejadian itu berlaku dan apabila dia tanya mengenai jantina bayi, dia menjawab 'perempuan'.
"Selepas melahirkan bayi, Sidney terus membawa mangsa keluar tanpa membalutnya dan juga telah menyentap urinya sehingga terputus," katanya.
Mangsa ditemui Albert Peterson dalam keadaan dihurung semut |
Tindakan Sidney itu menyebabkan mangsa berisiko pendarahan yang boleh menyebabkan maut, selain menyebabkan jangkitan kuman yang berbahaya.
Mangsa kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kanak-Kanak Texas dan menerima rawatan kerana dijangkiti kuman. Malah mangsa juga mengalami masalah denyutan jantung yang cepat, tetapi berada dalam keadaan stabil buat masa ini.
Sidney kini berdepan dengan pertuduhan membuang anak dan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serta berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Teman lelakinya, Deandre Skillern berkata, dia terkejut dengan kejadian itu dan mengakui dia tidak tahu teman wanitanya itu mengandung. Skillern juga melakukan ujian DNA bagi memastikan sama ada dirinya adalah bapa kandung kepada bayi berkenaan.
Kiri, Deandre Skillern dan sebelah kanan, ibu Sidney, Tina.
Pendakwa raya meminta mahkamah memberi tertuduh diikat jamin sebanyak $40,000. Tetapi peguamnya meminta jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya adalah pelajar yang bekerja di kedai runcit, selain masih menetap bersama ibunya.
Gambar 2016. Pasangan ini dikatakan telah bersama lebih kurang setahun dan Skillern tidak mengetahui teman wanitanya mengandung |
24 Jun 2017, kelihatan baby bump pada perut Sidney |
from The Reporter http://ift.tt/2w7OAlX
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2vOH8K0
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment