CHINA - Padah mabuk sehingga tidak sedarkan diri, seorang lelaki bukan sahaja kehilangan dompet dan telefon bimbitnya, malah turut dicabul oleh pencuri secara terbuka, lapor Shanghaiist.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi Ahad lalu di bandar Guangxi Liuzhou, mangsa yang dikenali sebagai A'Jun, dilaporkan mabuk dan tidak sedarkan diri lalu tertidur di sebuah kerusi di tempat awam, selepas minum arak.
Selepas terbangun dari tidurnya, mangsa mendapati tali pinggangnya telah dibuka dan poket seluarnya kosong. A'jun kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Polis kemudian menjalankan siasatan dan menonton semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian dan mendapati, A'Jun merayau di kawasan itu sekitar jam 2 pagi dan tidak sedarkan diri di sebuah kerusi panjang di kawasan itu.
Dalam tempoh beberapa jam, ada beberapa individu yang lalu berhampirannya namun tidak berbuat apa-apa. Sekitar jam 4.30 pagi, seorang lelaki yang mencurigakan telah menghampiri A'Jun.
Selepas yakin bahawa tiada orang berada di sekitar kawasan itu, lelaki itu mula menyentuh kemaluan A'Jun dan kemudian mula melakukan 'kerja-kerja' terkutuknya itu.
Klip video kejadian itu telah viral di aplikasi WeChat yang memaparkan lelaki terbabit melutut dan memasukkan kemaluan A'Jun ke dalam mulutnya. Malah lelaki itu turut menggosok kemaluan mangsa yang tidak sedarkan diri.
Setelah puas dan selesai, lelaki itu menyeluk poket seluar mangsa dan mengambil dompet dan telefon bimbitnya dan segera meninggalkan tempat kejadian.
Selepas menonton rakaman CCTV, polis mula menjejak suspek. Pada waktu tengah hari, polis berjaya menahan suspek di sebuah hotel, jarak 200 meter dari tempat kejadian itu berlaku.
Polis berkata, suspek berusia dalam lingkungan 30 tahun utara Guangxi dan berada di bandar itu untuk urusan perniagaan.
Dalam keterangannya, suspek mengaku bahawa dia adalah gay dan pada malam kejadian dia berjalan-jalan dan ternampak mangsa yang sedang tidur di kerusi tersebut. Melihat wajah mangsa yang agak 'jambu', mendorong suspek untuk mencabulnya sebelum mencuri barangan berharga milik mangsa.
Suspek mengaku telah mengambil wang tunai 600 yuan dan membuang dompet mangsa, namun menyimpan kad pengenalan mangsa sebagai kenang-kenangan.
Suspek kini ditahan reman untuk siasatan dan tidak dapat dipastikan sama ada dia akan dikenakan tindakan undang-undang.
from The Reporter http://ift.tt/2vDcwNa
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2w9EUaS
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment