SHAH ALAM, SELANGOR - Isu rumah tangga penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun dan Joy Revfa atau nama sebenar Siti Arifah beberapa hari yang lalu menimbulkan persoalan bagaimana pasangan itu dibenarkan bernikah sedangkan Joy masih lagi berstatus isteri orang.
Menjawab persoalan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim tampil memberi penjelasan dalam laporan Berita Harian semalam.
"Bekas suami Joy telah mengemukakan surat pengakuan yang menyatakan bahawa dia sudah bercerai dengan wanita itu pada tahun 2015 kepada Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling.
"Dengan niat suci dan tanpa prejudis, oleh kerana ada pengakuan dari bekas suami Joy yang dia sudah bercerai, PAID Petaling membenarkan pernikahan itu.
"Bagaimanapun, apabila mereka pergi ke pejabat agama Islam di Songkhla, sijil perceraian tidak dapat dikeluarkan. Ini kerana pihak yang membuat permohonan adalah Joy, bukannya bekas suami.
"Kemungkinan di atas nasihat pejabat agama di Songkhla, Joy mendaftarkan permohonan cerai taklik yang berkuat kuasa pada tarikh ia dikemukakan pada 13 Julai lalu.
"PAID Petaling sudah menasihatkan bekas suami Joy untuk mendapatkan surat cerai dari Songkhla. Apa yang menyebab Hafiz Hamidun tidak berpuas hati adalah surat cerai taklik bertarikh 13 Julai 2017.
"Kalau surat cerai berkuatkuasa pada 2015, mungkin kes ini tidak menjadi isu. Apa pun yang penting, bekas suami Joy sudah mengaku yang dia memang sudah menceraikan wanita itu," katanya.
"Tetapi pendaftar berpuas hati dengan dokumen yang dikemukakan dan berniat baik, selain bekas suami Joy sendiri memberi kerjasama yang baik. Selalunya bekas suami tidak mahu campur tangan dalam urusan pernikahan bekas isteri," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2w33nxl
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2gapEDV
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment