Dalam kejadian kira-kira jam 7.34 petang Isnin, penunggang motosikal dirempuh sebuah kereta yang terbabas dari arah bertentang sebelum digilis sebuah lori yang tidak sempat mengelak mangsa yang terjatuh di depannya.
Lapor Channel News Asia, pemandu kereta berwarna hitam itu difahamkan cuba mengelak dari terlanggar sebuah kereta lain menyebabkan keretanya terbabas lalu merempuh tiang lampu isyarat sebelum merempuh mangsa.
Paramedik yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan penunggang motosikal berusia 30 tahun itu telah meninggal dunia.
Bagaimanapun, pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
Rakaman video dashcam kejadian itu tersebar di media sosial sejak malam tadi, mencetuskan rasa bimbang di kalangan penunggang motosikal.
Polis sedang menyiasat punca kejadian dan akan mengambil keterangan pemandu kereta berkenaan.
from The Reporter http://ift.tt/2hDG6No
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2vyTVCv
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment