loading...

Thursday, 17 August 2017

Guru dituduh peluk dan cium murid lelaki 9 tahun di tandas sekolah


PUTRAJAYA - Seorang guru lelaki di sebuah sekolah rendah di Petaling Jaya didakwa di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak atas pertuduhan melakukan seksual fizikal terhadap murid lelaki berumur 9 tahun, lapor Bernama. 

Bagaimanapun, guru berumur 27 tahun itu mengaku salah di atas pertuduhan melakukan seksual fizikal dengan cara memeluk tubuh badan dan mencium murid itu di dalam tandas sekolah, kira-kira jam 12.20 tengah hari hingga jam 6.30 petang, antara bulan Ogos 2016 hingga 17 Julai 2017. 

Guru terbabit didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibaca bersama Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 25 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. 

Hakim Yong Zarida Sazali membenarkan tertuduh yang diwakili peguam Farhan Read diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan dia dialarang mendekati atau menganggu mangsa dan keluarganya sehingga kes selesai. 

Selain itu, mahkamah juga memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan dan menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan menetapkan 25 September untuk sebutan semula kes. 

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nordalina Ali tidak menawarkan jaminan atas alasan kesalahan itu adalah serius kerana melibatkan kanak-kanak berumur 9 tahun. 

Peguam tertuduh pula memohon anak guamnya diikat jamin RM10,000 dan ibu bapa tertuduh bersedia untuk membayar jaminan itu. 

"Kami tidak mempertikaikan ini merupakan satu kesalahan yang serius tetapi tertuduh hanya dituduh dan masih belum didapati bersalah. Oleh itu mahkamah mempunyai budi bicara untuk membenarkan jaminan. Jumlah RM10,000 adalah memadai," katanya.


from The Reporter http://ift.tt/2i7BuPP
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2w4mE2x
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...