loading...

Thursday, 17 August 2017

Diari anak bongkar dia menjadi mangsa rogol teman lelaki ibunya sejak April lalu


KAJANG, SELANGOR - Perbuatan seorang lelaki yang merogol anak teman wanitanya terbongkar selepas diari milik kanak-kanak itu ditemui oleh ibu mangsa, lapor Harian Metro. 

Rahsia itu terbongkar apabila ibu mangsa, 44, masuk ke bilik anak perempuannya yang berusia 12 tahun kira-kira jam 9 pagi 9 Ogos lalu dan terjumpa diari anaknya, yang menyatakan dia telah dirogol oleh lelaki terbabit sejak April lalu. 

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, ibu mangsa terkejut apabila membaca tulisan diari anak bongsunya itu yang menceritakan dia telah dicabul teman lelaki ibunya pada awal April lalu ketika wanita terbabit pergi ke China untuk urusan kerja. 

Menurut Ahmad Dzaffir, wanita itu kemudian bertanya kepada anaknya mengenai kejadian yang ditulis dalam diari itu dan mangsa mengaku suspek telah menceroboh masuk ke dalam biliknya dan merogolnya beberapa kali. 

"Remaja perempuan itu mengesahkan kejadian itu berlaku sebanyak empat kali sehingga Julai lalu," katanya. 

Susulan daripada laporan polis yang dibuat ibu mangsa, polis telah menahan suspek berusia 40 tahun yang bertugas sebagai pengurus syarikat swasta, di Jalan Semenyih, kelmarin untuk siasatan lanjut. 

Mahkamah Majistret Kajang membenarkan suspek ditahan reman selama enam hari sehingga 20 Ogos ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. 


from The Reporter http://ift.tt/2uLuvBV
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2wiQwHW
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...