loading...

Wednesday 2 August 2017

Gagal capai sasaran kerja, majikan hukum kakitangan minum air mangkuk tandas


CHINA - Video beberapa pekerja dipaksa minum air mangkuk tandas kerana tidak mencapai sasaran kerja mengejutkan netizen dan timbul persoalan sejauh mana mereka mampu bertahan agar mereka tidak kehilangan kerja. 

Berdasarkan video tersebut, seorang pekerja lelaki dilihat mencedok air dari mangkuk tandas dan memeriksanya beberapa kali sebelum minum air tersebut. Sementara itu seorang pekerja wanita minum air itu tanpa sebarang rasa ragu-ragu. 

Lapor Beijing News, para pekerja terbabit bekerja dengan sebuah studio fotografi di bandar Sichuan Guang'an dan dihukum kerana gagal mencapai sasaran kerja yang telah ditetapkan.

Selepas menjalani hukuman itu, salah seorang pekerja wanita mengadu mengalami cirit birit dan tidak dapat makan nasi dan akan muntah jika berbuat demikian. 

Difahamkan individu yang merakam video kejadian itu telah ditahan polis dan direman selama empat hari untuk membantu siasatan. 


Video kejadian itu terdahulu dimuat naik ke dalam group WeChat sebelum tersebar di media sosial. Pengurus di syarikat itu mendakwa, video viral itu bukan dirakam di pejabat mereka, namun menegaskan bahawa hukuman yang dikenakan itu adalah salah satu cara untuk meningkatkan motivasi pekerjanya agar bekerja lebih keras. 

Polis sehingga kini masih menyiasat kejadian itu. 


from The Reporter http://ift.tt/2u5MsuO
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2vuK3dl
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...