Saiel Bashar, 23, sanggup menempuh perjalanan sejauh 160 kilometer dari London ke Birmingham kerana percaya dia akan bertemu dengan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dan merogolnya di katil bilik ibu remaja terbabit.
Namun hasratnya itu terbantut apabila pelajar universiti itu ditangkap oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Paedo Hunters Not Glory Hunters', di luar stesen kereta api, Sutton Coldfield.
Bashar dituduh menghantar mesej dan kandungan bahan-bahan lucah selama seminggu sebelum merancang untuk pergi ke rumah dan meragut kesucian mangsa.
Selepas perbuatannya itu terbongkar, Bashar memohon maaf dan merayu agar dilepaskan. Pemeriksaan di telefon bimbitnya juga mendapati, lebih dari 300 halaman perbualan menjijikkan ditemui, sebelum menyerahkan Bashar kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Bashar dituduh menawarkan telefon bimbit baru kepada mangsanya sebagai balasan untuk khidmat seksual yang diberikan.
Bashar yang mengaku dirinya adalah pelajar antarabangsa dari Afghanistan berkata, dia telah melakukan kesilapan dan menafikan dakwaan kononnya menggemari hubungan seks bersama kanak-kanak.
Namun selepas ditangkap, Bashar mengaku bersalah kerana cuba bertemu dengan remaja bawah umur untuk tujuan seks. Rakaman video penangkapannya itu juga disiarkan secara langsung di Facebook pada Jumaat lalu dan telah ditonton lebih dari 440,000 kali.
"Tuan, tolonglah. Seumur hidup saya, saya tidak akan buat perkara seperti itu," kata Bashar yang menafikan tuduhan kononnya dia adalah lelaki pedofilia.
"Awak berada di sini sekarang. Apa yang awak buat ini adalah bertentangan dengan undang-undang. Berdasarkan undang-undang negara kami, kami tidak boleh menerima apa yang awak lakukan," kata salah seorang ahli kumpulan berkenaan.
Menyedari wajahnya dirakam, Bashar meminta mereka berhenti berbuat demikian.
"Saya buat salah, saya takkan buat (lagi). Tolong kasihankan saya," rayu Bashar.
"Tiada belas kasihan untuk awak," balas mereka.
"Tuan, saya pelajar sains komputer. Tolonglah," rayunya lagi.
"Komputer sains? Percayalah, selepas ini awak tidak akan dibenarkan menggunakan internet. Simple," kata salah seorang ahli kumpulan berkenaan.
Kata-kata itu membuatkan Bashar menangis dan berjanji di atas nama ibunya bahawa dia tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi jika mereka melepaskannya.
"Jangan harap," balas kumpulan berkenaan.
Bashar kemudian menghentak kepalanya ke papan ikan dan membelakangi kamera serta menangis sehingga pegawai polis tiba di lokasi kejadian dan menahannya.
"Saiel Bashar, 23, dari Stanmore, London, ditangkap pada 11 Ogos lalu di Sutton Coldfield. Dia didakwa merancang pertemuan dengan kanak-kanak dibawah usia 16 tahun dengan tujuan untuk melakukan hubungan seks.
"Bashar mengaku bersalah di Mahkamah Birmingham Crown pada Isnin lalu dan kini direman untuk siasatan dan akan dibicarakan semula pada 11 September," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2wf4f3l
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2v69JIL
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment