Difahamkan, kes ini mula tercetus apabila pihak Zurin Jundi Wedding Planner tidak melaksanakan amanah yang diberikan oleh pelanggannya, Zainul, pada Ahad, 27 Ogos 2017.
Kakak ipar mangsa, Rose Eusoff, memuat naik video pertama di hari kejadian yang memaklum bahawa pihak katering tidak kunjung tiba, menyebabkan mereka terpaksa menjamu tetamu yang datang dengan sejenis hidangan sahaja.
"Hi, I nak bagitahu I dekat kenduri adik ipar ni, kat Johor. Okay, sampai sekarang tak ada lagi katering yang sampai. Kami sedih sangat, sebab apa? Tetamu kita jamu makan, kita sempat masak sejenis (hidangan) je.
"Nampak tak? Pengantin dah berarak dah. Tapi makanan tak ada sampai sekarang dari Zurin Jundi wedding Planner," katanya.
Menurut Rose, dia bukan nak menjatuhkan perniagaan sesiapa tetapi kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak berkenaan yang menyebabkan majlis adiknya tidak sempurna.
"Tiada siapa nak menjatuhkan sesiapa. Tetapi kalau majlis adik kami, makanan tak sampai tu. Apa cerita sampai orang tua pengantin yang jatuh terduduk?
"Bukan niat suka-suka nak memburukkan orang. Tetapi kami tak mahu orang lain menjadi mangsa seperti kami. Trauma seumur hidup.
Sementara itu, kakak kepada Zainul , Zainatulazlina Zailan, juga mengesahkan dakwaan itu,
"Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hati. Majlis yang sepatutnya meriah, hakikatnya malu yang kami sekeluarga dapat.
"Report polis telah dibuat, berani buat berani tanggung. Catering tidak datang seperti yang dijanjikan. Pelamin jam 6 pagi sebelum majlis, baru pasang. Khemah dekat tengah malam baru sampai.
"Call tak berjawab, masuk voicemail. Dah habis majlis, tahu pula reply dan tak mahu pula bertanggungjawab. Konon-konon dia yang teraniaya," katanya.
"6 Julai, Puan Zurin memaklumkan sekiranya saya membayar jumlah penuh pakej tersebut, saya akan mendapat kambing bakar. Jadi saya buat baki pembayaran berjumlah RM6,000 secara online pada nombor akaun yang sama. Puan Zurin memberitahu tarikh majlis perkahwinan saya pada 27 Ogos itu akan berjalan lancar.
"22 Julai, saya pergi ke butik Zurin Jundi di Shah Alam dan berjumpa dengan kakitangannya bernama Cik Sinar untuk memilih baju, pelamin dan menu makanan.
"23 Ogos, saya telah menghubungi pihak katering dan mengingatkannya tarikh majlis perkahwinan saya dan mereka semua faham. Keesokan hari saya telah menghubungi pihak katering melalui WhatsApp untuk meminta kepastian waktu untuk katering menghantar makanan dan pihak berkenaan memberitahu paling lewat akan sampai jam 11 pagi pada hari majlis.
"Pihak Zurin Jundi Wedding Planner juga tidak memberi sebarang respon, malah kami turut disekat dari Facebooknya, serta segala komen kami berkenaan majlis kami telah dibuang dari ruangan komen di halaman Facebook rasmi mereka.
"Pada jam 4 petang, Puan Zurin memberitahu pihaknya sedia mengeluarkan pampasan sebanyak RM10,000 selepas saya memberitahu saya mahu membuat laporan polis.
"Saya juga menghubungi pihak katering dan mereka memberitahu pihaknya tidak bersalah kerana mereka tidak menerima bayaran katering untuk majlis saya sehingga ke hari majlis, sedangkan pihak katering telah berjanji akan menghantar makanan seperti yang telah ditetapkan," demikian laporan Zainul.
Ekoran itu, Zainul mahu menuntut bayaran ganti rugi kos malu, kos tambahan makanan tetamu, selain mahu membuat aduan kepada pihak Tribunal Pengguna untuk tindakan selanjutnya. Malah, Zainul mahu pihak Zurin Jundi Wedding Planner membuat permohonan maaf secara terbuka kerana tindakan tidak bertanggungjawabnya itu telah memalukan Zainul dan keluarganya untuk seumur hidup.
Dalam video kedua, difahamkan sekumpulan individu yang pernah menjadi mangsa menyerbu pemilik Zurin Jundi Wedding Planner di depan sebuah premis dan meminta bayaran pampasan.
Video yang dipercayai dirakam oleh salah seorang mangsa itu menunjukkan wanita terbabit berada dalam keadaan resah dan enggan wajahnya dirakam. Beberapa individu mendesaknya membuat bayaran ganti rugi.
from The Reporter http://ift.tt/2wdBG5a
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2wO25rN
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment