Alhamdulillah syukur anak sulung saya tu takde demam pun lepas vaksin tu. Jujur saya faham je perasan ibu muda yang baru pertama kali nak vaksin anak kan. Takut anak demam dan takut anak sakit, kan? Saya dan isteri pun sama je dengan ibu bapa yang lain masa mula-mula nak vaksin anak sulung dulu, walaupun kami berdua doktor.
Keluarga saya sendiri pun ada yang anti sangat dengan vaksin tapi bila anak dia asyik sakit je dan dia sendiri sedar yang anak dia lemah nak berhadapan dengan dunia luar yang penuh dengan kuman yang berbahaya, maka dia pun ubah fikiran untuk vaksin anak dia. Alhamdulillah anaknya sekarang sihat walafiat dan cerdik sangat.
Masa selepas vaksin tu, saya sendiri yang sediakan ubat paracetamol untuk anak saya, kot la dia demam, kan? Memang risaulah sikit, kan. Tapi bila pandang mata comel anak sulung saya tu, saya jadi sayu je. Saya lebih risau kalau dia tak divaksin!
KENAPA?
Bahaya tak vaksin ni, bukan main-main. Berpuluh jenis kuman dahsyat yang berlegar dalam masyarakat kita boleh menyerang anak kita pada bila-bila masa je. Saya nasihat bukan sebab saya baca buku teks je, bahaya tak vaksin ni, tapi saya tengok dengan mata kepala saya sendiri antaranya:
TETANUS
Masa ini saya pelajar perubatan lagi. Ada seorang pakcik datang ke wad kecemasan dengan badan kaku seluruh tubuh. Ingatkan kena serangan strok, kan. Tiba-tiba je pakcik tu menggelupur kejang dan badannya jadi lurus dan kaku dan badan dia mengeras macam papan!
Rupanya tengah kena serangan tetanus ataupun masyarakat kita biasa sebut kancing gigi, akibat terpijak paku berkarat kat sawah dia. Entah apalah nasib pakcik itu sekarang.
BATUK KOKOL / PERTUSSIS
Kalau korang tengok bayi yang kena pertussis ni kan, mesti korang menangis sebak. Bayi yang kena batuk kokol ini menangis pun susah sebab asyik duk batuk. Ada yang sampai biru tak boleh bernafas sebab batuk tak berhenti!
DIFTERIA
Kalau masuk je kes difteria ni, mesti semua perawat dan petugas hospital terpaksa pakai mask sebab penyakit ni sangatlah berjangkit! Saya sendiri pernah periksa mulut pesakit difteria ini dan nampak ada macam benda warna kelabu (pseudomembrane) melekat dekat dengan anak tekak dia. Jangan main-main dengan benda tu. Sekali benda tu tertelan masuk dalam perut, boleh mati anak kita tau? Sebab dalam tu ada toksin yang sangat berbahaya.
"Dalam hal ini, Islam amat menitikberatkan keselamatan umat manusia. Sesuatu perkara yang hendak dilaksanakan untuk maslahah ummah hanya diperakukan oleh syarak sekiranya tidak bercanggah dengan Maqasid Syar’iyyah iaitu menjaga agama, nyawa, aqal, keturunan dan harta.
"Menurut fuqaha’, sebarang penyakit perlu dihindari, dirawat dan diubati. Dalam konteks ini pencegahan daripada sebarang bentuk gejala yang boleh menjejaskan kesihatan dan nyawa adalah menjadi pegangan dan keutamaan ajaran Islam.
"Semoga dengan pencerahan ini kita tidak ragu lagi dalam mengizinkan penggunaan vaksin oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk maslahat dalam kalangan kita".
Jadi, jom kita vaksinkan anak tanpa ragu-ragu lagi. Saya pun nak ambil vaksin pneumococcal untuk anak saya juga selepas ini. Jom!
#JanganLupaCucuk
from The Reporter http://ift.tt/2vUd6GI
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2hQ6fZD
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment