loading...

Saturday, 5 August 2017

Lima beradik maut, kereta dipandu ibu terjunam dalam sungai gara-gara tertekan pedal minyak


JIANGSU, CHINA - Lima adik-beradik maut selepas kereta yang dipandu oleh ibu mereka terjunam ke dalam sungai dalam kejadian 31 Julai lalu, lapor Oriental Daily. 

Ibu mangsa yang dikenali sebagai Jiang difahamkan baru saja mendapat lesen memandu. 

Sebelum kejadian, Jiang bersama keluarganya mahu keluar berjalan-jalan dan di kesempatan itu Jiang berkeinginan memandu kereta sambil dibimbing oleh suaminya yang duduk di sebelah penumpang hadapan. 

Sementara itu, lima orang anak mereka duduk di belakang dan apabila mereka hampir tiba di susur keluar ke destinasi, wanita terbabit secara tidak sengaja tertekan pedal minyak lalu menyebabkan kereta yang dipandu meluncur laju ke depan. 

Gagal mengawal kenderaan itu, kereta yang dipandu Jiang terus terjunam sebatang sungai berhampiran dan kereta mereka tenggelam ke dalam sungai. 

Penduduk kampung yang ternampak kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.50 petang itu segera menghulurkan bantuan dan melompat ke dalam sungai untuk menyelamatkan keluarga berkenaan. 

Malangnya, mereka hanya mampu menyelamatkan pasangan suami isteri berkenaan sahaja dan anak-anak mereka masih terperangkap dalam kereta. Ditambah pula dengan arus sungai yang deras, menyukarkan usaha penduduk untuk menyelamatkan lima beradik itu. 


Pihak berkuasa yang dihubungi segera datang ke lokasi untuk cuba menyelamat mangsa, namun terhalang kerana sungai itu terlalu dalam sebelum meminta bantuan sebuah kren untuk mengangkat kereta tersebut. 

Selepas diangkat, kelima-lima mangsa yang terperangkap di dalam kereta itu dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital. Bagaimanapun, sudah terlambat dan kesemua mangsa telah meninggal dunia. 

S ibu yang gagal menahan kesedihan lalu menyalahkan dirinya, malah memukul dirinya sendiri sebelum cuba membunuh diri. 


Pasangan itu kehilangan empat orang anak perempuan dan seorang anak lelaki yang berusia dari 7 hingga 17 tahun. 

Polis berkata, pihaknya sedang menyiasat punca kejadian itu. 


from The Reporter http://ift.tt/2vtctUw
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2vBSYcl
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...