loading...

Friday 7 July 2017

'Tolong lepaskan saya!' - Pencuri 'melekat' di bumbung


MIRI, SARAWAK - Seorang lelaki yang cuba memecah masuk sebuah rumah penduduk, gagal melarikan diri dek 'melekat' di bumbung rumah berkenaan. 

Dalam kejadian 27 Jun 2017 lalu di sebuah rumah di Kampung Lutong Baru itu, lelaki terbabit dilaporkan cuba memecah masuk rumah tersebut, namun ketika cuba melarikan diri, suspek tersangkut di bumbung rumah. 

"Dengar cerita dari adik tuan rumah itu, rumah abangnya itu dipasang pendinding ayat suci Al-Quran. Hari ini baru kami dapat video hari kejadian," kata sumber.


Dalam video itu, suspek yang berbaju merah dipercayai warga asing dilihat berbaring di hujung bumbung dan meminta tolong orang ramai melepaskan dirinya.

"Tolong lepaskan saya. Tolong lepaskan saya. Saya sangkut!" katanya. 


Suspek kemudian diturunkan dari bumbung rumah tersebut dengan bantuan anggota bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 


from The Reporter http://ift.tt/2twZePo
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2tT59AB
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...