loading...

Wednesday, 26 July 2017

Kereta kebal rempuh kereta pengganas bawa 100 kg bahan letupan


MESIR - Tindakan berani dan pantas kru kereta kebal tentera Mesir merempuh sebuah kereta yang sarat dengan bahan letupan, berjaya menyelamatkan kira-kira 50 orang awam termasuk anggota tentera, semalam, lapor Daily Mail.

Dalam kejadian yang berlaku di pusat pemeriksaan tentera di Sinai Utara semalam, mengorbankan tujuh orang awam, termasuk dua kanak-kanak selepas kereta tersebut meletup. 

Bagaimanapun jika bukan kerana tindakan kru kereta kebal terbabit, jumlah orang awam yang terkorban pastinya lebih besar. 

Jurucakap tentera Mesir berkata, sehingga 50 orang awam dan anggota tentera terselamat ekoran tindakan kru kereta kebal mereka.

"Ini langkah terbaru bagi menghalang serangan bom kereta pengganas. Tentera Mesir bersedia melakukan pengorbanan seperti ini demi menyelamatkan rakyat dan mempertahankan kedaulatannya," katanya. 


Berdasarkan video yang didedahkan, sebuah kereta dipandu dengan laju menuju ke pusat pemeriksaan itu. Kru kereta kebal yang melihat kedatangan kereta yang mencurigakan itu kemudian memecut ke arah kereta tersebut dan mendapati empat lelaki bersenjata serta 100 kilogram bahan letupan dibawa bersama. 

Kereta kebal itu terus merempuh kereta terbabit dan orang ramai yang melihat kejadian itu terus bertempiaran lari menyelamatkan diri. 


Selepas merempuh kereta tersebut, kereta kebal itu mengundur ke belakang dan tiba-tiba kereta yang membawa bahan letupan itu meletup menyebabkan beberapa orang di sekitarnya terbunuh. 

Mesir menghadapi serangan pemberontak yang disokong kumpulan IS. Pengganas IS pernah melancarkan beberapa serangan terhadap tentera dan polis Mesir, termasuk serangan di satu pusat pemeriksaan di Sinia pada 7 Julai lalu yang menyebabkan 21 anggota tenteranya terbunuh. 


from The Reporter http://ift.tt/2eOSzwQ
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2vKgYYh
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...