Masa sedang menukar pampers Imam dalam surau Econsave Kampung Jawa, ada seorang kakak ini berborak dengan saya sambil agah-agah Imam. Dia cerita yang hari ini hari terakhir dia bekerja dan esok dah kena bekerja di tempat lain, kawasan jauh.
Dipendekkan cerita, kakak ini baik hati bermain dengan Imam apabila saya sedang bersolat. Tapi tak tahu kenapa sewaktu saya bersolat, rasa tak khusyuk langsung sebab hati ini seperti terpanggil-panggil untuk menjeling Imam saja. Kakak itu siap mendukung Imam tiba-tiba.
Bukan apa, saya asyik terdengar kakak itu tanya kawan dia belum jam lima ke? Lama-lama dia pergi ke pintu sambil dukung Imam.
Dipendekkan cerita lagi, sewaktu nak sujud terakhir, tiba-tiba seperti ternampak kelibat kakak itu pakai selipar dia dan keluar dari surau. Masa itu saya dah tak keruan dan nak cepat-cepat bagi salam.
Selapas bagi salam, saya terus menanggalkan telekung dan sarung selendang tanpa sempat nak pin. Terus tanya kawan dia di mana kakak itu tadi. Dia kata kakak itu sudah keluar.
Saya dengan pantas terus keluar dan mengejar kakak itu. Alhamdulillah sempat kejar kakak itu sampai depan food court. Nampak Imam mamai-mamai nak tertidur dah pada masa itu. Masa saya nak ambil Imam, dia macam tak nak lepas. Dia pegang Imam dengan kuat.
Beberapa kali saya kata Imam tak tidur pun. Dia cakap Imam nak tidur. Saya kata saya nak tidurkan Imam. Saya dah pegang-pegang tangan Imam tetapi dia pegang kuat badan Imam.
Akhirnya saya kata saya nak cepat sebab suami dah call banyak kali. Tetapi dia pula bertnaya mana suami saya? Saya kata ada di kereta dan suami dah menghubungi saya. Kemudian barulah dia melepaskan Imam.
Saya terus cepat-cepat mengambil Imam dari tangannya dan cepat-cepat keluar dari situ. Tetapi dia mengekori saya sampai keluar pintu dan dia tanya sekali lagi di mana suami saya berada. Adoi, bukan main kepalang saya risau bila dia dah mula mengekori saya.
Bila saya menghubungi suami dan bertanya dia di mana, katanya dia masih di dalam lagi. Terus saya bergegas ke lokasi suami. Saya ceritakan semula kepada suami tentang apa yang berlaku pada Imam. Selepas cerita, darah naik sampai kepala, sakit sampai sekarang. Migrain gara-gara risau memikirkan anak kena culik tadi. Dah terfikir-fikir kes jual organ budak.
Allahuakbar. Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku. Suami dah marah dan nasihatkan jangan mudah beri orang lain pegang anak kita semasa solat. Biar anak itu menangis semasa kita sedang solat dari kita menangis disebabkan kecuaian kita.
So selepas ini, jangan anggap ibu-ibu ini kedekut nak beri kita pegang atau bermain dengan anak mereka semasa mereka sedang bersolat. Kadang-kadang ada sebab mengapa mereka seperti tak mahu membenarkan kita bermain dengan anak mereka. Semoga apa yang berlaku pada hari menjadi pengajaran besar buat diri saya.
Sumber: Mizasz Zahri
from The Reporter http://ift.tt/2vJFsks
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2w0PdKu
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment