loading...

Saturday, 22 July 2017

'Walaupun gaji Pembantu Rumah (local) RM1,200, kau tak ada tekanan kerja'


Aku nak respon pasal kes majikan yang kena tipu dengan bibik so call haramjadah itu. Tapi apa-apa pun kalau nak post kisah aku, mohon sorok profile aku. Please, sebab aku agak terkenal di kawsan Kuala Lumpur - Selangor ini. Sebab join macam-macam aktiviti. 


Salam. Aku Yami (ayam mee gitu, hahahaha! Okey, lawak je, bukan nama sebenar). Aku anak dara pure yang tiada kisah silam yang buruk-buruk untuk disorokkan (hahaha), berumur 30 tahun walaupun rupa aku nampak seperti awal 20-an. Terima kasih pada rupa aku yang nampak keanak-anakan. Hahahaha! Aku bekerja sebagai pembantu rumah (PR)/pengasuh. Ya, pekerjaan yang sangat-sangat tak glamour. 

Aku dah bekerja sebagai PR sejak empat tahun lepas dengan gaji RM1,200. Kenapa aku bekerja sebagai PR? Sebabnya tempat tinggal disediakan (dapat bilik dan bilik air sendiri). Makan percuma (makan mewah wehh!)

Kerja aku hanya menjaga anak-anak majikan, urus hal makan pakai mereka, kemas rumah hanya kawasan ruang tamu dan dapur, masak sarapan pagi dan makan tengah hari serta minum petang. Cuti hanya seminggu sekali serta cuti umum. Kadang-kadang majikan sendiri bagi cuti pada aku.

Anak-anak majikan sangat sayangkan aku sebab aku anggap mereka seperti anak atau adik (sebab mereka panggil aku kakak memandangkan masa mula-mula kerja, majikan ingat aku berusia 20 tahun).

Sebenarnya jadi PR ini mudah sangat. Kerja dari jam 7 pagi - 7 malam. Kalau majikan ada hal di waktu malam, dia minta aku jaga anak-anak dia dan dia akan bagi overtime. 

Selepas itu, aku memang boleh menjahit. Dengan hasil gaji RM1,200 itu, aku dapat kumpul duit beli tiga mesin jahit. Satu portable jahit lurus, satu portable jahit tepi dan satu mesin jahit industry (heavy duty). 

Kenapa aku memilih kerja sebagai PR? Sebelum aku jadi PR, aku bekerja sebagai kerani dengan gaji yang agak lumayan sebab aku boleh berbahasa mandarin. Tetapi kena buli dengan pekerja senior taraf makcik-makcik bawang dan kena kacau (gangguan seksual) dengan pekerja lelaki yang bertaraf suami orang. Masa ini, aku bekerja di negeri lain. Aku stress. Lepas itu, boyfriend (yang kini bekas boyfriend) boleh pula ada skandal lain masa aku tengah susah hati. 

Balik Selangor, aku terus cari kerja untuk meredakan tekanan aku. Aku tak nak kerja hadap orang munafik lagi. Mula-mula aku nak kerja taska, sekali ada agensi ini perlukan PR tempatan. 

Aku gembira kerja sebagai PR, memang gaji nampak sikit tapi kau tak perlu kusut fikir nak bayar api air, sewa rumah, makan, tambang apa semua. Kira RM1,200 itu gaji bersih kau. 

Kawasan tempat tinggal majikan aku pun selamat. Dekat dengan mall segala bagai. Tetapi aku tak pernah berjimba riang ria waktu kerja. Walaupun ada kawan-kawan ajak lepak sarapan atau lunch, keutamaan aku ialah anak-anak majikan. 

Syarat untuk bekerja sebagai PR, kau kena ikut peraturan yang ditetapkan oleh majikan, sayang anak-anak majikan seperti darah daging sendiri (maka kau takkan tergamak nak mendera budak-budak yang tak berdosa), boleh memasak pelbagai menu termasuk makanan yang sesuai untuk anak-anak dan lain-lain yang majikan perlukan. 
  1. PALING PENTING, JANGAN KACAU SUAMI MAJIKAN!
  2. JANGAN BAWA JANTAN MASUK KE RUMAH MAJIKAN!
  3. JANGAN MAIN PHONE SAMPAI ANAK-ANAK MAJIKAN TERABAI!

Aku sangat-sangat sedih bila baca berita ibu bapa dera anak, pengasuh dera anak-anak majikan. Bibik pentingkan diri seperti menganiaya anak-anak majikan. Pilu hati aku walaupun aku bujang berharga di awal 30 tahun ini. Hahahaha! 

Itu sajalah sedikit sebanyak kisah aku sebagai PR. 

P/S: Admin, please jangan dedahkan aku punya profile. Ini rahsia kita-kita sahaja tau. Hahaha!


from The Reporter http://ift.tt/2uUehGD
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2tqDrIa
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...