loading...

Monday, 17 July 2017

'Dahlah park depan rumah tak minta izin, nak masuk rumah pun tak dapat'


MUAR, JOHOR - Sebelum ini, viral di media sosial sebuah kereta Perodua Myvi diletakkan di dalam kawasan rumah jirannya tanpa kebenaran, menyebabkan jirannya itu berang lalu mengempiskan keempat-empat tayar dan mencalarkan kereta tersebut. 

Kali ini, sebuah kereta jenis yang sama diletakkan di depan pagar sebuah rumah, menyebabkan pemilik rumahnya tidak dapat masuk ke dalam rumah. 

"Assalamualaikum anak-anak Muar. Saya nak tanya ada sesiapa di sini yang mengenali pemilik kereta ini? Harap boleh mengalihkan kenderaan daripada terus parkir di dalam rumah saya, sehingga saya nak buka pintu pagar pun tak boleh. Apatah lagi nak masuk ke dalam rumah," kata Rozinor Nasir di Facebook group Anak-Anak Muar. 

Menurut Rozinor, dia tidak kisah jika pemiliknya mahu meletakkan kenderaannya di situ, tetapi sekurang-kurangnya tinggalkan nombor telefon untuk dihubungi. 

"Ini tidak, sudahlah tidak meminta izin, malah parkir betul-betul di depan pintu pagar depan rumah saya," katanya. 

Jelas Rozinor, sebelum itu dia ada meletakkan tong sampah di depan pagar rumahnya yang dijadikan sebagai tanda larangan meletakkan kenderaan di depan rumahnya. Namun tong sampah itu dialihkan. 

"Saya bukan marah atau kedekut, tapi fikirlah. Kalau saya nak buka pintu pagar pun tak boleh, macam mana saya nak masuk ke dalam rumah?" soalnya. 

Sementara itu di media sosial, ramai netizen yang menyarankan Rozinor memecahkan cermin kereta tersebut agar masalah dapat diselesaikan. 

Tidak kurang juga ada yang berkongsikan pengalaman di mana mereka pernah menghadapi situasi yang sama. 

"Pernah berlaku pada saya. Bila saya tegur, saya pula yang kena marah. Sepatutnya saya yang marah sebab dia telah menyusahkan saya," kata netizen. 


from The Reporter http://ift.tt/2uAoQ1j
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2v9Kqqp
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...