loading...

Thursday, 27 July 2017

'Saya tak guna sebarang produk ubatan luar' - Mawar nafi guna krim calit² terus mengandung


PUTRAJAYA - Susulan viralnya screenshot laman Ikhtiar Hamil Krim Progesterone yang mendakwa, pasangan selebriti juga turut menggunakan krim calit-calit terus mengandung, selebriti berkenaan tampil menafikan dakwaan itu. 

Mawar Abdul Karim berkata, peniaga krim berkenaan bukan sahaja tidak meminta kebenaran untuk menggunakan namanya, tetapi juga memfitnahnya semata-mata mahu melariskan produk krim calit-calit terus mengandung. 

"Tak baiklah mereka cerita yang tak betul ini. Janganlah nak gunakan nama kami untuk kepentingan anda berniaga. 

"Sudahlah tak minta kebenaran kami, kata kami guna produk anda. Malah anda telah menipu pelanggan yang tidak bersalah dan menganiaya orang. 

"Jadi kepada pelanggan semua, kami tidak menggunakan sebarang produk ubatan luar kecuali treatment dengan doktor sahaja," jelas kenyataannya di laman Instagram, semalam. 


Semalam, The Reporter melaporkan produk Krim Progesterone yang dijual secara berleluasa di media sosial dipercayai tidak mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Menurut beberapa laman Facebook Pro KKM menjelaskan, produk tersebut bukan sahaja boleh menyebabkan penggunanya mengalami masalah kesihatan, malah boleh mengakibatkan kanser payudara. 

Orang ramai dinasihatkan tidak mencuba sebarang produk yang tidak diketahui sama ada kandungannya selamat atau sebaliknya.

Bagi wanita yang mempunyai masalah sukar hamil atau berkaitan kesuburan dinasihatkan untuk berjumpa dan mendapatkan nasihat dari Pakar Sakit Puan. Bukannya bertanya pada peniaga yang tidak mempunyai tauliah yang rata-rata hanya mahu melariskan jualan produk dan keuntungan, tanpa memikirkan kesan dan akibatnya yang berlaku kepada pengguna. 


from The Reporter http://ift.tt/2tHUE05
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2eRQK27
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...