Ini thread kisah yang berlaku dalam keluarga aku sendiri. Yang baik korang ambil, yang tak elok jangan buat. Aku tak ada niat nak mengaibkan sesiapa.
Benda ini berlaku pada kakak aku. Bila bekas suaminya buat guna-guna pada dia untuk tundukkan dia (masa kahwin) dan selepas cerai, dia buat yang lagi power!
Dia seksa kakak aku dari jauh menggunakan patung bomoh itu, dengan harapan dia boleh kawal kakak aku dari jauh dan buat kakak aku benci keluarga sendiri.
Dia buat benda itu, biar kakak aku tergila-gilakan dia semula. Dengan patung itu dia mengawal akal, nafsu dan hati kakak aku.
Benda ini kantoi dia buat bila kakak aku dengan teman lelakinya nak berkahwin. Dia jadi panas dan gelisah. Sebab apa? Nanti aku cerita.
Hari sebelum kejadian, kakak rasa tak sedap badan. Hati dia gelisah, telinga dia seperti boleh mendengar benda yang bukan-bukan. Lalu dia pergi rujuk ustaz ruqyah.
Selepas berjumpa dengan ustaz itu, benda itu tak berubah tetapi menjadi semakin teruk. Sampai ke satu tahap, dia rasa ada benda yang mengekori dia balik berjumpa dengan ustaz ruqyah itu.
Kakak aku duduk dalam bilik, dia cakap benda itu mencakar-cakar belakang badannya sampailah kakak tanya benda itu nak apa, siapa hantar, sejak bila dia ada.
Benda itu nak kakak aku. Tuan dia adalah orang yang pernah rapat dengan kakak aku. Terus kakak teringat bekas suami dia. Dia rasa dia semakin mamai. Tetapi dia sempat hantar mesej kepada teman lelakinya melalui WhatsApp dan maklumkan dia rasa lain macam seperti ada benda yang menganggu dia. Dia menjadi semakin mamai selepas layan dan berborak dengan benda itu.
Kakak kata dia nak kahwin dan jangan kacau dia. Benda itu jadi marah, sampai dia berbisik dan mengarahkan kakak pergi ke balkoni rumah dan terjun.
Kakak pergi balkoni menangis-nangis. Dia tak nak tetapi benda itu paksa. Kau bayangkan dia tinggal di rumah kedai tingkat 3. Jatuh tingkat 3, mati sia-sia.
Benda itu berbisik lagi, kalau kakak aku kahwin, dia dan suami dia akan mati. Perkara itu membuatkan kakak aku menangis-nangis di balkoni dan benda itu buat dia mamai.
Kakak aku sedar dia berada di balkoni tetapi tak boleh buat apa-apa sebab benda itu sudah mengawal nalurinya. Sehinggalah hero dia sampai rumah.
Teman lelaki kakak kata, dia memang jumpa kakak di balkoni, tengah naik kerusi nak terjun. Dia cepat-cepat tarik kakak aku. Bila dia tarik, kakak aku dah tak sedarkan diri. Mata hitam dah hilang. Dia terus bawa kakak dengan anak-anak dia masuk kereta, hantar kakak balik ke rumah abang aku.
Call ustaz, dia cakap dia tak boleh nak tolong kakak sebab benda itu kuat. Hampeh! Dia suruh cari orang lain. Teman lelaki dia tetap tabah. Bayangkan dalam perjalanan 40 minit, kakak aku macam dah masuk dua alam. Dia kena rasuk sampai suara dia bertukar menjadi garau atau sebetul-betulnya suara pendamping dia.
Bila tersedar, dia menangis dan kata dia takut. Selepas itu dia mengilai bercakap meracau-racau dengan suara garau. Apa yang teman lelaki dia kata, kakak aku cakap,
"Kau kahwin dengan dia, kau mati! Kau mati! Dia milik aku!"
Bayangkan masa itu teman lelaki kakak aku sedang memandu jam 12 tengah malam, bawa kakak aku yang kena rasuk.
Bila sampai di rumah, lain pula hal yang berlaku. Kakak aku tiba-tiba meracau panas, pegang ibu jari kaki kanan dia. Teman lelaki dia tanya kenapa, kakak aku kata,
"Ini nyawa dia. Kalau lepas nanti dia mati!"
Pulak dah. Abang aku suruh masuk rumah, dia tak nak. Dia kepanasan. Sampailah ada ustaz kampung itu datang.
Abang aku papah kakak masuk ke dalam rumah, dengan tangan dia masih pegang ibu jari kaki. Masuk ke rumah, dia duduk di tengah-tengah ruang tamu tiba-tiba. Dia duduk seperti orang betapa. Dia buat gerakan apa entah aku tak tahu nak cakap macam mana. Ada tengok video yang dirakam oleh abang. Tak macam orang dah kakak saya malam itu.
Maka bermulalah misi berinteraksi ustaz kampung itu dengan kakak aku. Benda itu cakap dia dari bekas suami kakak, dia hantar sebab tak nak kakak kahwin lain. Patung yang dia buat itu, dia ikat untuk tiga tujuan iaitu kawal nafsu, kawal hati, kawal pemikiran kakak aku. Tetapi benda itu ada perjanjian dengan bekas suami kakak.
Kalau kakak kahwin dengan bekas suami, benda itu akan menjadi pendamping kakak aku buat selama-lamanya. Tetapi kalau tidak, suami kakak aku akan mati.
Banyak lagi yang dia sembang. Ustaz itu mengaku benda itu sudah lama berada dalam diri kakak aku. Macam sudah sebati, jadi susah nak buang dan paling susah sebab bekas suami kakak ada tanam sesuatu iaitu kain kafan yang dia isi apa entah di tiga penjuru depan rumah abang aku.
Abang aku benganglah. So sebab kakak aku dah pindah dari rumah abang aku dulu, benda itu tak kuat sangat sebab kakak tiada di rumah itu.
Sebelum subuh, ustaz itu bawa kakak keluar ke depan rumah abang. Mula saja azan subuh, kakak aku lain macam. Meronta kepanasan di depan rumah. Ustaz itu biarkan saja sampai habis azan. Dia mulalah baca-baca, suruh tunjuk di mana kain itu ditanam. Betul-betul segi tiga penjuru dia tanam.
Masa itu abang aku kata dia pun lemah lutut tengok kakak aku. Lain macam, suara garau, mengilai lagi, meronta-ronta, Allahu.
Habis saja semua itu, ustaz itu ada sesuatu di tempat dia tanam benda itu dan ustaz itu cakap pada kakak, kahwinlah cepat. Bekas suami dia takkan duduk diam.
Okay dah habis. Yang lain aku malas nak ceritakan. Kalau aku jumpa bekas suami dia, memang aku tendang telur dia, hentak guna stering lock bagi hancur. Kau buat kakak aku kot?
Apa jadi dengan patung itu, aku lupa cakap. Selagi kakak aku tak kahwin, bekas suami dia tuan dia. Bila kakak aku kahwin, patung itu akan jadi tuan. Bila syaitan menjadi tuan dalam hidup kau, cuma nyawa yang dia mahukan.
Sumber: @dashi_rania
from The Reporter http://ift.tt/2ufOOnL
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2ugxKQd
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment