loading...

Tuesday, 18 July 2017

Kejam, kucing dibakar sampai mati


PUTRAJAYA - Viral di media sosial gambar seekor kucing terbiar berwarna jingga ditemui mati dengan kesan terbakar di sebelah badan kanannya.

Gambar yang dimuat naik oleh laman Kelab Pencinta Kucing Malaysia itu semalam telah dikongsi 606 kali dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

"Aku terkejut pagi ini, Sampai-sampai saja di tempat kerja, ternampak sekujur tubuh kaku tak bernyawa. Sedih dengan manusia zaman sekarang ini. Apalah salah kucing ini sampai tergamak membunuh dan membakarnya sehingga mati?

"Kejadian ini berlaku di sebuah pusat pengajian tinggi," kata individu yang tidak didedahkan namanya.



Berdasarkan gambar, hampir 40 peratus badan kucing malang ini terbakar. Turut ditemui di tempat kejadian, puntung rokok yang berada berhampiran bangkai kucing berkenaan.

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan pelakunya yang tidak berhati perut itu.

"Allahuakbar. Nak menangis tengok haiwan comel ini diperlakukan seperti ini. Ya Allah, Kau berilah hukuman yang setimpal kepada pelakunya," kata Eima Othman.


Menurut undang-undang di Malaysia, individu yang didapati menyebabkan kesakitan dan kesengsaraan terhadap kucing boleh didakwa mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


from The Reporter http://ift.tt/2tEzFKT
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2uHct3y
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...