loading...

Sunday, 23 July 2017

Tengah makan, tiba-tiba 'Prappppp!' Bracket tercabut - mangsa


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Mei lalu mengeluarkan kenyataan yang meminta orang ramai tidak mendapatkan perkhidmatan gigi haram terutamanya pemasangan pendakap gigi dari individu yang tidak bertauliah yang semakin berleluasa di negara ini. 

Namun masih ramai yang kurang sedar kerana mudah tertarik dengan tawaran harga yang dianggap murah dan tidak menyedari ia boleh mengakibatkan individu terbabit boleh dijangkiti virus HIV dan Hepatitis. 

Seperti yang berlaku pada gadis ini, tengah makan nasi ayam dan tiba-tiba besi pendakapnya tercabut. 

BRACES RM580

Sekadar perkongsian ya sahabat semua. Tiada niat yang lain, tiada niat nak menutup periuk nasi sesiapa pun sebab saya tak pernah mention saya buat braces ini dengan siapa. Jadi orang tersebut boleh terus mencari rezeki kalau memang rasa benda ini tak salah. Minta maaf andai ada salah dan silap. 

Dua bulan yang lalu, saya ada buat survey nak buat braces. Itupun bukan sebab nak mengikut fesyen tetapi memang gigi depan ini agak jarang dan sedikit ke hadapan. Masa tengah survey, tengok ada kawan promote braces RM580 lebih kurang. Saya pun tanya betul ke elok braces ini boleh rapatkan gigi? Dia kata memang elok dan sama seperti yang dibuat di klinik juga. Cuma harga yang dia berikan itu lebih murah. 

Saya pun teruja dan tanpa berfikir panjang, kenapa tidak? Kalau dapat kesan yang sama dengan harga yang lebih murah? Jadi saya pun deal dengan orang itu nak buat braces ini. Dia tanya nak datang ke rumah saya atau saya pergi bertemu dengan dia? Masa itu rasa macam pelik pun ada juga. 

"Eh tak buat di klinik ke? Boleh buat di rumah macam itu saja?"


Disebabkan mereka kata sama saja kesannya, saya pun teruskan juga niat. Dah pasang braces semua siap. Selepas sejam kemudian, semasa saya makan nasi ayam, mak aih, sakitnya gigi tuhan saja yang tahu. Mengunyah pun perlahan-lahan. Ayam memang tak sentuh, cuma makan nasi dengan sup sahaja. Sebab orang itu dah pesan kena makan makanan yang lembut-lembut sahaja.

Tiba-tiba, 'PRAPPPPPP!' Bracket di bahagian bawah dah tercabut. Hahahaha! Tetapi yang di atas masih maintain okey. 

Saya pun beritahu kepada orang itu. Dia kata tak apa, nanti dia buatkan bagi elok semula. Tetapi kena caj untuk berbuat demikian. Saya pun okey, tak apa. Tetapi sampai hari ini saya tak betulkan pun yang patah itu. 


Saya skrol Instagram, ada tengok post yang dalam gambar ini cerita tentang braces murah ini. Rupa-rupanya memang tak bagus. Ada yang sampai tercabut gigi, gigi rosak. Saya pun dah mula risau lalu mengajak kawan pergi cari klinik gigi doktor pakar semalam, suruh dia buka braces yang saya pakai sekarang. Seperti yang dalam gambar itu dah tinggal gam sahaja. Dawai-dawai itu semua dah buka. 


Temujanji seterusnya baru buka habis dan pasang braces baru di klinik pakar itu. Doktor itu Cina, dia cakap dia dah banyak jumpa kes seperti ini. Masa dia buka dawai itu, dia cakap seller itu beli dawai yang digunakan itu di China dengan harga RM10 sahaja tetapi caj RM580. Dia siap sarankan saya buat laporan polis lagi.

Tetapi saya tidak mahu berbuat demikian dan saya dah halalkan semua itu. Mungkin ada braces yang murah tetapi memang boleh betulkan gigi. Allahualam. Tak berani cakap dan tak berani tuduh. Siap ada kawan yang dah buat braces gigi sakit 2-3 bulan tak hilang. Bila beritahu seller nak buka braces, kena caj RM100. Tak ada duit punya pasal, terpaksa buka guna playar. Kasihannya. 

Moralnya sayanginya gigi anda. Takkan muda-muda nak pakai gigi palsu? Alhamdulillah gigi saya tak tercabut sebab saya cepat-cepat pergi jumpa doktor. 



November 2016, seorang gadis berusia 21 didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Alor Setar kerana menawarkan perkhidmatan memasang pendakap gigi secara haram, lapor Sinar Harian.

Nurin Syazwina Nishamuddin yang tidak memiliki tauliah didakwa dibawah Seksyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 568) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 6 tahun atau denda sehingga RM300,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 


from The Reporter http://ift.tt/2uP4EYV
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2uWQ6qT
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...