loading...

Thursday, 20 July 2017

66 kali sembur Sterimar ke hidung anak, netizen desak bapa padamkan video itu


Viral video seorang kanak-kanak yang hidungnya ditembak dengan air, kononnya bertujuan mengeluarkan lendir atau hingus di saluran hidungnya. Video yang dimuat naik oleh Rabbie Razak itu pada 16 Julai lalu mendakwa, cara-cara itu dapat mengatasi masalah semak bayi atau kanak-kanak. 

Berdasarkan dua video yang dimuat naik, sebanyak 66 tembakan sterimar yang dikenakan ke hidung kanak-kanak berkenaan yang tidak berhenti-henti menangis dan muntah. 


Bagaimanapun, cara yang ditunjukkan dalam video adalah tidak tepat dan lebih pada menyeksa kanak-kanak berkenaan. Ramai netizen yang mengecam tindakan ibu bapa kanak-kanak berkenaan dan meminta mereka memadamkan video tersebut kerana cara yang dikongsikan itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada anak-anak kecil yang lain. 

Mengulas mengenai video viral itu, Doktor Fyda Noh melalui Facebooknya menasihatkan orang ramai agar tidak mencuba kaedah yang salah itu pada anak masing-masing. 


"Terkejut tengok video yang dha viral. Bukan sebab anak itu menangis jadi kasihan tetapi ingin saya nyatakan dengan terang dan jelas cara itu sangat-sangat salah. 

"Kalau anak yang batuk dan selesema (berkahak), kahaknya bukan di dalam hidung. Tetapi mukus itu dalam paru-paru. Dengan cara yang ditunjukkan dalam video viral itu takkan melegakan kahaknya, sebaliknya ia semakin menyakitkan. 

"Sterimar yang ditembak itu juga tidak pergi direct ke paru-paru. Hanya berada di dalam hidung saja untuk melegakan hidung yang tersumbat. 

"Nasal spray itu, airnya lebih pekat daripada cecair sel manusia. Bila disembur, ia akan menarik air dari sel dan melembutkan hingus yang kental. Jadi senang nak buang. Hingus itu boleh mengalir keluar. Bukan bertujuan nak menolak hingus dari hidung ke hidung," katanya yang turut berkongsikan cara penggunaan sterimar yang betul," katanya. 

Puan Maisarah Mustapa, ibu kepada seorang anak juga bersetuju cara yang ditunjukkan dalam video viral itu tidak betul dan meminta orang ramai tidak mencubanya pada anak masing-masing. 


"Sebab video itu sudah viral (9,036 shares!), ada pula ibu bapa yang comment, "Boleh try kat anak". Big NO please! Sebaliknya, cara yang betul mengurangkan selesema anak terutamanya yang ada kahak seperti yang diajar oleh doktor adalah:

1. Anak bangun awal pagi, jangan beri susu dulu. 

2. Tepuk percussion di belakang badan anak. 
  • Ada enam point yang doktor itu ajar. Kalau tidak mahir, bila bawa anak pergi check up, minta doktor ajar. Jangan main bedal saja tepuk kerana ia ada teknik yang betul, baru percussion ini berkesan. 
Tujuan percussion adalah untuk melonggarkan kahak-kahak di kawasan dada anak.

3. Pengguna Sterimar
  • Sediakan kain atau tuala di dada anak. Senang nak lap discharge yang keluar dari hidung.
  • Pegang tangan anak atau kalau perlu, bedung.
  • Halakan muncung sterimar ke hidung anak. Tekan sterimar itu sambil kira 1, 2, dan tiga dan lepas. Ye, 1 2 3 saat sahaja. bukan berkali-kali. 
  • Lap discharge yang keluar dari hidung anak.
  • Steril nozzle selepas guna.
Tujuan guna sterimar: Legakan saluran hidung anak

4. Tegakkan anak semula dan tenangkannya. 

5. Susukan anak laju-laju.

"Kenapa susukan anak di langkah terakhir? Susukan anak selepas prosedur di atas adalah lebih berkesan. Kurang gangguan di saluran. Kahak yang tidak keluar dari hidung akan keluar ditelan semasa anak menyusu dan keluar mengikut najis. 

"Kenapa tekan sterimar itu berkali-kali adalah big NO? Cuba halakan sterimar ke atas dan cuba tekan sekali. Tengok sendiri tinggi mana jarak semburannya memancut. Betapa kuatnya tekanan sterimar walaupun hanya tekan sekali sahaja.

"Bayangkan pula kalau tembak sterimar di hidung anak berkali-kali dalam satu masa? Gosh! Please put yourself in their situation. Jangan jadikan anak-anak kita sebagai tikus makmal," katanya. 


Menurut Doktor Fyda, selain menggunakan sterimar, ada juga kaedah-kaedah lain yang boleh dicuba untuk melonggarkan kahak dalam paru-paru. 

1. Precussion

Ini teknik fisioterapi untuk membantu orang yang tidak boleh mengeluarkan kahaknya sendiri. 

Untuk bayi ada caranya. Jangan main ketuk saja dada bayi. Gunakan tangan dengan bentuk scoop dan gerakkan sendi lengan sahaja dan lakukan secara lembut.

2. Garlic Steam

Ambil beberapa ulas bawang putih dan rebus. Boleh campur dengan buah lemon jug dan wapkan hidung bayi. 

3. Neb di klinik

Pergi ke klinik dan maklumkan pada doktor anak berkahak. Jika perlu, doktor akan neb untuk longgarkan kahak. 

"Kasihanlah pada anak. Sudahlah tisu di hidung itu nipis dan senang berdarah, nanti lain pula jadinya. Yang lebih penting, jaga pemakanan anak dan tingkatkan imun dia untuk elakkan jangkitan penyakit," katanya.


from The Reporter http://ift.tt/2vEUerL
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2thw6KX
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...