Dalam kejadian jam 11.30 pagi, Khamis, mangsa bersama dengan kakak dan abang iparnya dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, mengambil keputusan untuk singgah sebentar di stesen minyak Shel Batu 30.
"Kami berhenti rehat sebentar nak ke tandas dan beli air minuman untuk bekalan dalam perjalanan nanti.
"Adik ipar saya masuk ke tandas. Di dalam tandas itu ada empat tandas kesemuanya tandas dia telah periksa sebab nak cari tandas yang bersih. Namun ada satu tandas berkunci, ada orang di dalamnya.
"Jadi dia masuk ke tandas keempat, tandas cangkung. Tiba-tiba ada seorang lelaki memanjat dari atas tandas itu terus terjun dan terkam dia. Masa itu adik ipar tengah mancangkung nak buang air. Bayangkanlah keadaan itu bagaimanalah kan.
"Lelaki itu dengan tak pakai seluar, hanya pakai baju sahaja cuba mencabul dan merogol adik ipar saya. Dia kemudian menjerit-jerit, meronta-ronta cuba melepaskan diri. Lelaki itu pula sudah mencium dan meraba adik ipar saya," tulis abang ipar mangsa di Facebook.
Menurutnya lagi, mangsa cuba menghubungi kakaknya, namun tetapi telefon bimbit mangsa ditepis lelaki itu. Dalam keadaan bergelut itu, mangsa sempat mengigit lelaki itu tetapi ia tidak memberikan sebarang kesan pada suspek yang meneruskan perbuatan jijiknya itu.
Difahamkan, ada seorang wanita yang terdengar jeritan mangsa. Pada awalnya dia menyangka mangsa terkena histeria dan tidak berani nak membantu kerana mungkin ketakutan. Selepas mangsa menjerit meminta tolong, barulah wanita itu segera berlari keluar untuk mendapatkan bantuan.
"Ada seorang lelaki datang, mungkin bila terdengar suara orang di luar, barulah dia mengelabah panjat ke atas dan pergi ke tandas sebelah. Adik ipar saya terus buka pintu tandas dan berlari keluar tak fikir apa-apa dah. Seluar pun ala-ala saja tarik ke atas.
"Dengan muka pucat lesi, adik saya berlari ke kereta. Tudung pun dah koyak, telefon bimbit dan cermin matanya entah kemana," cerita abang ipar mangsa.
Menurut wanita yang mendengar jeritan mangsa, suspek kemudian mengambil seluarnya di tandas nombor dua dan kemudian berdiri di tepi tandas. Dia siap memberikan alasan yang dia tak melakukan apa-apa dan menuduh mangsa tersalah masuk tandas.
Suspek yang disyaki berada dalam pengaruh dadah itu kemudian diserahkan kepada polis dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang untuk disoal siasat.
Menurut abang iparnya, mangsa berada dalam keadaan trauma sehingga demam dan muntah. Bagaimanapun, mereka bersyukur mangsa selamat dan suspek tidak sempat berbuat apa-apa.
"Adik ipar saya trauma, muntah-muntah, menggigil sampai demam-demam. Alhamdulillah lelaki itu tidak sempat berbuat apa-apa yang lebih dahsyat dan mungkin boleh menjejaskan masa depan adik saya sebagai seorang perempuan," katanya.
Justeru, abang ipar mangsa menasihatkan orang ramai khususnya golongan wanita tidak bersendirian ketika pergi ke tandas.
"Tolong berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Jangan pergi seorang diri dan sentiasa memeriksa keadaan tandas sebelum menggunakannya," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2vnPjLA
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2tTO1dq
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment