NEW DELHI, INDIA - Berang roti capati tidak dibuat dalam bentuk bulat, seorang lelaki tergamak membunuh isterinya yang sedang hamil empat bulan.
Mangsa, Simran, 22, tidak dapat membuat roti capati berbentuk bulat menyebabkan suaminya berang lalu berlaku pergaduhan pada malam Sabtu lalu.
Mangsa dipercayai dicekik oleh suaminya sampai mati dan mayatnya ditemui terbaring di sebuah rumah pangsa pada keesokan hari oleh abang kandungnya, sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.
Anak perempuan pasangan itu yang berusia empat tahun, ditemui dikurng di dalam sebuah bilik, manakala suami mangsa telah melarikan diri selepas kejadian itu.
Dalam siasatan awal, kanak-kanak itu memaklumkan kepada polis bahawa ibu bapanya sering bergaduh kerana bapanya tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak dapat membuat capati berbentuk bulat.
"Ibu saya seorang yang pandai memasak tetapi bentuk capati yang dibuatnya sering menimbulkan kemarahan bapa saya," katanya.
Menurutnya lagi, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.30 malam Sabtu itu, bapanya berang selepas dihidangkan capati yang bukan berbentuk bulat. Gagal mengawal kemarahan, bapanya terus menendang perut mangsa yang sedang hamil empat bulan.
"Saya cuba membantu ibu, tetapi bapa mengheret saya masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik dari luar," katanya.
Difahamkan pasangan itu telah berkahwin selama lima tahun. Si suami bekerja di sebuah kilang selepas perniagaannya terpaksa ditutup.
Siasatan awal polis mendapati, mangsa mati selepas lehernya dijerut dengan tali. Polis kini sedang memburu suami mangsa dan suspek berdepan dengan dakwaan membunuh.
from The Reporter http://ift.tt/2v6dthI
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2vHkAtW
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment