loading...

Thursday, 20 July 2017

'Dia berubah selepas kematian Chris' - Vokalis Linkin Park, Chester Bennington, ditemui mati bunuh diri


LOS ANGELES, AMERIKA SYARIKAT - Penyanyi kumpulan Linkin Park, Chester Bennington, 41, ditemui mati bunuh diri di kediamannya di Palos Verdes, kira-kira jam 9 pagi Khamis, lapor Daily Mail. 

Pihak polis mengesahkan mereka sedang menyiasat kematian Chester sebagai kes bunuh diri, namun tiada butiran lanjut didedahkan kepada media. 


Pegawai penguatkuasa undang-undang berkata, Chester menggantung diri di bilik tidur dan pada waktu itu dia hanya bersendiri di rumah. Kejadian itu hanya disedari oleh keluarganya selepas dimaklumkan oleh pembantu rumah yang menemui Chester di bilik tingkat atas dalam keadaan sudah tidak bernyawa. 

Ahli kumpulan Linkin Park yang tidak mahu namanya didedahkan berkata, mereka semua dijadualkan menghadiri sesi penggambaran di Hollywood pada hari itu. Salah seorang ahli kumpulan itu datang ke rumah untuk menjemput Chester pada pagi Khamis, namun terkejut apabila mendapati polis berada di rumah penyanyi itu. 


Lapor Radar Online, Chester merupakan kawan baik kepada mendiang penyanyi Audioslave/Sound Garden, Chris Cornell, yang mati bunuh diri pada bulan Mei lalu beberapa hari sebelum ulangtahun kelahirannya yang ke-53. 

"Chester dan mendiang Chris sangat rapat, dan dia mula berubah selepas kematian Chris," kata sumber kepada Radar. 

Kata sumber lagi, kematian Chris benar-benar memberikan impak kepada Chester, yang juga mempunyai sejarah penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Dalam temubualnya yang disiarkan pada tahun 2011, Chester pernah membuat pengakuan dia terlibat dengan dadah ketika berusia 11 tahun, selepas kedua ibu bapanya bercerai. Selain itu, Chester juga mendedahkan dia pernah menjadi mangsa cabul rakan lelaki yang lebih berusia darinya ketika dia berumur 7 tahun. 

Rakan dan ahli keluarga masih terkejut dengan berita pemergian Chester yang meninggalkan enam orang anak dari dua isterinya. Kerana mereka menyangka Chester selama ini tidak mempunyai masalah dalam hidupnya. 

Chester bersama isteri kedua, Talinda Ann Bentley, dan 3 orang anaknya
Mengenai sejarah rumahtangganya, Chester berkahwin dengan isteri pertama, Samantha Marie Olit. Selepas 9 tahun bersama, mereka berpisah dan Chester berkahwin dengan isteri keduanya, Talinda Ann Bentley, bekas model Playboy. 

Rakan-rakan artis, Nickelback, One Republic dan ramai lagi mengucapkan takziah kepada keluarga Chester di media sosial. Malah netizen juga sedih dengan berita yang tidak disangkakan itu. 


from The Reporter http://ift.tt/2gODCLS
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2vGIwgd
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...