Puas didesak, namun remaja perempuan ini berkeras menafikan dan enggan mengaku dia telah melahirkan anak. Tetapi pemeriksaan Doktor Najihah dan rakannya mendapati dia kehilangan banyak darah dan terdapat kesan koyakan di kemaluannya.
Semoga menjadi pengajaran buat ibu bapa semua yang mempunyai anak perempuan. Jagalah mereka sebaik-baiknya dan elakkan mereka dari terjerumus ke masalah sosial yang akhirnya mengelapkan masa depan mereka sendiri.
Pesakit masuk dibawa MA.
"Kes apa?"
"PV bleed," jawab MA (read: per vaginal bleed).
Dua orang colleagues lelaki dah pandang aku.
"Nak suruh aku tengoklah tu."
"Alaaa tak nak tengok PV bleed lagi dah hari ini, please," mengadu.
Kemudian colleagues lain yang tak tahu cerita tanya, "Kenapa? Siapa O&G oncall hari ini? Garang ke?"
"taklah, bukan sebab garang. Fobia."
SEBELUMNYA...
"Najiha, nak pass over satu kes. Patient ini single, last menstrual period dua bulan lepas. Datang complaint pv bleed dengan lower abdominal pain. Darah dah soaked 3 pads. Deny blood clot or POC (product of conception). Katanya sexually inactive. Tapi saudara yang bawa dia syak dia gugurkan kandungan."
Selepas colleague balik, mesin scan ditarik sambil menarik langsir. Mencipta ruang berdua bersama pesakit. Dengan harapan dia mahu bercerita.
"Adik, kita scan sikit eh," ujarku kepada pesakit berusia belasan tahun ini.
Sambil memeriksa perut, "Adik, adik dah kahwin?"
"Belum.."
"Adik ada boyfriend?"
"Ada.."
"Sorry saya tanya. Adik memang tak pernah 'bersama' lelaki ke?"
"Tak pernah," dia menafikan.
Melihat scan finding, colleague dipanggil.
"Tolong double check jap."
"Hmm, kalau palpate perut, uterus at 20 weeks size. Well contracted. Scan uterus nampak besar tetapi kosong." dengan mesin scan usang yang menanti masa, kami cuba mentafsir.
"Tak apalah adik, kita nak sample air kencing eh."
Setelah berkali-kali datang dan menyoal pesakit, sedikit demi sedikit dia membuka cerita yang disembunyikan.
"Saya sebenarnya pernah kena tangkap basah."
"Bila?"
"Bulan 10 tahun lepas."
"Adik memang ada 'bersama' tak?"
"Ada..."
"Bila last sekali?"
"Bulan sepulah itulah.."
"Okay, saya minta izin periksa bahagian bawah eh? Adik kehilangan banyak sangat darah ni. Nadi adik laju sangat ni. Kita kena tahu apa puncanya."
Akhirnya, baru boleh proceed dengan further examination sebab patient dah mengaku sexually active.
Melihat vaginal tear, kesabaran mula menipis.
"Adik, adik cakap betul-betul. Adik dah bersalin kan?"
"Tak, mana ada?" dia masih menafikan.
"Adik tak payah tipu doktor. Adik ini kami ini baru bekerja sehari dua ke?"
Colleague mula bersuara.
"A'ah.."
"Pukul berapa bersalin tadi?"
"Saya tak ingat..."
"Adik bersalin di mana? Baby mana?"
"Kat toilet.."
"Baby mana? Besar mana?"
"Saya tak tahu. Dia lahir-lahir saja tak menangis.."
Marah, kecewa, sedih, sakit hati semuanya ada. Kenapa adik? Kenapa?
"Aku tak faham betullah. Aku punyalah bertahun-tahun menunggu nak ada anak. Isteri aku berapa kali keguguran. Tapi orang macam ini senang-senang sahaja," rungut colleague.
"Sebab Allah akan uji pada titik lemah seseorang," ujarku perlahan.
Aku pernah terfikir kenapa Allah bagi orang-orang yang tak nak anak, mereka senang sangat mengandung? Kenapa orang yang bertahun-tahun berusaha demi gelaran seorang ibu, susah sangat nak mengandung? Kadang-kadang dah dapat anak, anak mereka susah sangat nak survive.
Aku terlupa yang Allah akan menguji seseorang itu pada titik yang paling dia lemah. Selagi tidak lepas ujian itu, selagi itu Allah akan uji.
Tanpa kita sedar, benda yang kita susah sangat nak lawan suatu masa dulu, kita boleh lawan dengan machonya pada hari ini. Kecil-kecil dulu mungkin susahnya nak pakai tudung, tetapi sekarnag kalau keluar tak pakai tudung, rasa macam jalan tak ada kepala. Jadi Allah nak uji benda lain pula. Allah uji apa niat kita pakai tudung pula.
Atau kecil-kecil dulu susahnyalah nak solat. Ayah kejar dengan rotan, baru nak solat. Sekarang, kalau tak solat, rasa macam berdosanya hidup. Jadi Allah uji pula sudut lain. Allah uji pula susahnya nak solat awal waktu.
Hidup ini takkan berhenti dari ujian, kan? Cuma ujian itu saja yang berbeza. Yang makin lama makin mencabar, yang makin lama makin menggugat iman.
Seperti kecil-kecil dulu punyalah study sakan masa nak UPSR. sebab rasa susahnyalah USPR itu. Tetapi bila dah umur 17 tahun nak ambil SPM, rasa UPSR itu senang dan boleh jawab tutup mata sahaja sebab Allah akan uji kita pada titik paling kita lemah. Allah takkan uji seorang bijak pandai dengan soalan budak tadika.
Kalau kita seorang yang kaki marah, Allah akan temukan kita dengan orang-orang yang akan asyik membuatkan kita nak marah untuk melihat sejauh mana kita akan cuba bersabar demi dia. Sebab Allah nak kita lepas ujian itu. Allah nak tengok usahak ita untuk buktikan kita cinta Dia.
Kerana pada akhirnya, yang Allah nilai adalah usaha-usaha kita, struggle kita, air mata kita, kesakitan kita untuk mencapai redha Dia. Sebab Allah nak tinggikan darjat kita. Allah nak mengangkat kita ke level yang seterusnya.
Syurga itu kan bertingkat-tingkat. Syurga paling bawah mestilah tidak sama dengan syurga paling tinggi, kan?
"The cure for pain is the pain"
Carilah jawapan di sebalik ujian, pasti kau bertemu cintaNya dalam bentuk yang kau tak sangka.
"Every next level of life will demand a different to you"
Maka di saat ujian, percayalah kesakitanmu tak pernah sia-sia. Moga titis air mata menjadi saksi ke syurga. Membawamu ke firdausi, syurga tertinggi yang diimpi manusia.
Sumber: Najihah Abu Bakar
from The Reporter http://ift.tt/2txYIQr
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2txLRhi
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment