loading...

Saturday, 15 July 2017

'Ada ramai perempuan di muka bumi ini, tetapi takkan sama seperti isteri saya' - Shazli


Beruntungnya si isteri mempunyai suami seperti ini, yang tahu menghargai pengorbanan isterinya. Golongan wanita bergelar isteri ini, bukan mahukan penghargaan dari segi selalu berikan hadiah, emas apa semua, tetapi cukuplah si suami selalu ingat pada isteri, mendahulukan isteri, mengembirakan atau membahagiakan isteri, menghargai dan yang paling penting, setia pada isteri. 

Semoga pasangan ini kekal bahagia. Semoga menjadi contoh kepada golongan lelaki bergelar suami di luar sana. 

ADA RAMAI perempuan di muka bumi ini, tetapi takkan sama seperti isteri saya. Bila saya memandu kereta, dia akan membebel tentang cara pemanduan saya sehingga kami tiba ke destinasi yang hendak dituju. Bila dia memandu, saya akan tegur tentang pemanduan dia dan dia akan terus memberhentikan kereta di tepi jalan dan menyuruh saya yang memandu. Dia buka pintu dan pergi duduk di sebelah penumpang hadapan. Saya tak boleh kata apa-apa, sebab itu isteri saya. 

Setiap pagi selepas dia selesai solat subuh, dia akan kejutkan anak-anak untuk pergi sekolah. Kalau saya terlewat bangun, dia akan pasang semua lampu dan tutup buka pintu almari yang ada dalam bilik agar saya terjaga dari tidur. Saya jenis yang tak boleh tidur atau terjaga kalau lampu menyala. Saya tak boleh kata apa-apa, sebab itu isteri saya. 

Saya pergi hantar Syahmin, 12, pergi ke sekolah. Dia sebelum pergi kerja, dia akan sidai kain terlebih dahulu. Kemudian dia keluar menghantar Qisya, 6, ke tadika sambil membawa sekali plastik yang penh dengan sampah untuk dibuang. 

Dia balik kerja, singki penuh dengan pinggan dan cawan. Dengan baju kerja yang masih di badan, dia terus pergi basuh. Kemudian siang ikan/ayam untuk masak makan malam. Selepas memasak, dia pergi mandi, solat maghrib sebelum mengajak semua orang makan. 

Kemudian dia pergi menghantar anak-anak ke tuisyen jam 8 malam. Selepas itu dia balik rumah, duduk atas sofa depan televisyen sambil melipat baju. Sofa di depan televisyen kami tak boleh duduk sebab dipenuhi dengan baju-baju yang dia sudah lipat. Jadi saya dan Qisya duduk atas karpet. Saya tak boleh kata apa-apa, sebab itu isteri saya. 

Jam 10 malam, dia keluar pergi menjemput anak pulang dari tuisyen. Saya buat kerja di komputer, buat album klien wedding. Sampai di rumah, dia membebel pada semua yang makan tak nak basuh pinggan sambil dia basuh semuanya. Saya turut terkena dan saya tak boleh kata apa-apa, sebab itu isteri saya. 

Kemudian dia baring di katil sambil tengok telefon, buka Facebook dan Instagram. Tak pun dia pergi vakum satu rumah. Selesai di situ, dia solat sebelum tidur. Saya masih menghadap komputer sambil melayari Facebook, YouTube, video, kemudian suruh anak tidur. Jam 1 pagi atau 3 pagi, barulah saya masuk tidur. 

Begitulah rutin saya seharian saya dan isteri. Nampak tak kerja yang saya buat dan dia buat? Memang ramai perempuan cantik di Malaysia ini, tetapi belum tentu sanggup hidup dengan saya dan buat seperti apa yang isteri saya buat. 
  • Dia mengnadungkan tiga anak saya. Dia lahirkan anak-anak saya.
  • Dia sanggup kahwini saya walaupun pada masa itu saya pakai motor cup buruk dan dia pakai Perodua Kancil.
  • Dia sanggup makan nasi lauk ikan kering.
  • Dia tahan perangai saya.
  • Dia tak kisah saya botak.
  • Dia tak kisah saya boroi.
  • Dia lap badan saya bila saya terlantar sakit.
  • Dia tetap tidur sebelah saya walaupun saya berdengkur tanpa komplen.
  • Dia basuh spender saya.
  • Dia picit badan saya bila saya lenguh.
  • Dia selimutkan saya bila saya tertidur di katil semasa dia sedang bercakap.
  • Dia dengar ape yang saya cakap semasa mengigau (kalau ada sebut nama pompuan, dia akan WhatsApp dan tanya siapa perempuan itu masa di office nanti)
  • Dia basuh dan lipat baju. 
  • Dia kemas rumah. 
  • Dia gosok baju sekolah anak dan baju saya.
  • Dia memasak.
  • Dia ceduk nasi untuk saya.
  • Dia buat air minuman.
  • Dia buat susu anak.
  • Dia pergi sekolah ambil report kad anak.
  • Dia bawa anak-anak pergi berenang.
  • Dia bawa anak-anak pergi jalan-jalan hujung minggu semasa saya keluar shoot wedding.
  • Dia ajar anak buat cup cake.
  • Dia ajar anak mengaji.
  • Firasat dia, selalunya betul.
  • Dia pandu kereta manual selama 19 tahun, bulan lepas baru bawa kereta auto.
  • Dia tak kisah dapat hadiah harijadi ke tak.

Hebat kan Allah cipta makhluk bernama perempuan ini? Macam-macam yang dia boleh buat. Dia mungkin tak cantik di mata kamu, tetapi dia cantik zahir dan batin di hati dan kehidupan saya. Tanpa dia, agak sukar untuk saya menghadapi kehidupan seharian.

Dia suka membebel kalau ada yang tak kena. Tetapi itu memang perangai perempuan yang Allah jadikan dan itulah jodoh terbaik yang Dia dah tentukan. Selebihnya sikap dan nafsu kamu yang tentukan sejauh mana kamu boleh pelihara hubungan suami isteri itu. Terima kasih Ya Allah kerana bagi aku isteri ini. 

Hari 10 Julai 2017 adalah harijadi dia. Selamat hari lahir Mazlin Mahmod. Semoga sihat, panjang umur dan diluasksan rezeki. Itu saja yang saya nak cerita. Terima kasih kerana membaca. 

Sumber: Shazli Shots


from The Reporter http://ift.tt/2v3mbtS
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2tVXrUg
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...