KUALA LUMPUR - Beberapa kawasan di Hulu Langat dilaporkan akan mengalami gangguan bekalan air sementara bermula jam 8 pagi pada 8 Ogos sehingga jam 12 tengah hari, 9 Ogos, lapor Harian Metro.
Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Air Selangor, Amin Lin Abdullah berkata, gangguan bekalan air itu berlaku berikutan pelaksanaan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air di Bukit Mahkota, Bangi.
Kawasan-kawasan yang terjejas di daerah Bangi adalah seperti berikut:
- Taman Wawasan
- Seksyen 1, Bandar Baru Bangi
- Seksyen 2, Bandar Baru Bangi
- Seksyen 3, 3 Tambahan, Bandar Baru Bangi
- Seksyen 14, Bandar Baru Bangi
- Seksyen 15, Seksyen 15 Tambahan, Bandar Baru Bangi
- Seksyen 16, Bandar Baru Bangi
- Kawasan Perindustrian Seksyen 13
- Desa Mahkota Bangi
- Taman Bangi Villa
- Taman Bangi Indah
- Pekan Bangi Lama
- Kampung Bangi
- Rumah Murah PKNS Bangi
- Bangi Estate
- Kampung Aman Bangi
- Taman Sri Bangi, Bangi Lama
- Taman Angsana
- Kampung Batu 2, 3, 5, Jalan Bangi
- Kawasan Industri Batu 1
- Kawasan Industri Batu 2
- Kawasan Industri Batu 3
- Kampung Rinching Hilir
- Bangi Gateway
- Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
- Mahkamah Seksyen Bandar Baru Bangi
- Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan
- Taman Jernang Jaya
- Asrama Kolej Universiti Poly-Tech MARA Bangi
- ICT Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
- Akademi Percukaian Malaysia
- Kompleks Mahkamah Syariah, Balai Polis Bandar Baru Bangi, Balai Bomba Bangi, Sekolah Integrasi Bangi, Pusat Membeli-belah Bangi Utama dan kawasan komersial Medan Bangi
- Bandar sri Putra
- Taman Impian Putra
- Bandar Bukit Mahkota
- Bangi Avenue
- Kolej Universiti Islam Selangor
- Mutiara Bangi dan Klinik Kesihatan Bandar Sri Putra
"Segala usaha akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja penggantian perkakasan sistem agihan air ini secepat mungkin. Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 8 Ogos 2017," kata kenyataan Syabas di laman webnya. .
Kawasan yang lain turut terjejas ialah Beranang dan sekitar kawasan Semenyih. Pengguna diminta merujuk kawasan masing-masing di laman web www.syabas.com.my atau aplikasi telefon pintar 'mySyabas' untuk maklumat lanjut.
from The Reporter http://ift.tt/2vgmbtM
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2eW9mxT
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment