loading...

Tuesday, 25 July 2017

Salahgguna lorong kecemasan, bekas Timb Ketua Pengarah JPJ mengaku tidak bersalah


PUTRAJAYA - Bekas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob, yang didakwa atas kesalahan memandu di lorong kecemasan tahun lalu, menukar pengakuannya dari bersalah kepada tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini, lapor Berita Harian. 

Datuk Yusoff Ayob, 58, membuat pengakuan itu di depan Majistret Syahrul Sazly Md Sain selepas dihadapkan ke mahkamah sekali lagi di atas perintah Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman. 

Datuk Ab Karim Ab Rahman mengeluarkan perintah tersebut pada 21 Julai lalu selepas membenarkan permohonan semakan semula kes tersebut. 

Yusoff, sebagai orang kena saman (OKS) hadir di mahkamah pada jam 8.30 pagi, dituduh memandu di lorong kecemasan di Lingkaran Putrajaya pada jam 6.27 petang, 7 Oktober 2016, dengan keretanya bernombor plat BLY 68. 

Yusoff didakwa mengikut Seksyen 119 (1) (c) dan boleh dihukum Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan 1987, denda maksimum RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan jika sabit kesalahan. 

Mahkamah menetapkan 21 Ogos ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan keputusan representasi. 


Pada 18 Julai lalu, Yusoff menghantar pegawai khasnya hadir bagi pihaknya bagi membuat pengakuan bersalah atas tuduhan tersebut dan Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda RM600. 

Bagaimanapun, tindakan Yusoff menghantar wakilnya itu dipertikaikan, sedangkan Yusoff perlu menjawab sendiri tuduhan yang dikenakan ke atasnya, bukannya menggunakan wakil. 

Justeru, Datuk Ab Karim Ab Rahman mengetepikan sabitan dan hukuman yang dibuat oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman dan memerinta kes itu dibicarakan semula di hadapan majistret lain.

Wang denda berjumlah RM600 juga telah diserahkan kembali kepada Yusoff. 

Ekoran kes salahguna lorong kecemasan itu juga, Yusoff telah ditugaskan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan tidak lagi memegang jawatan Timbalan Ketua Pengarah JPJ. 

Berita berkaitan:


from The Reporter http://ift.tt/2v3q19H
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2utxYUb
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...