loading...

Saturday, 15 July 2017

Kantoi menipu, scammer kemalangan lari lintang pukang


UNITED KINGDOM - Video seorang penunggang motosikal yang cuba membuatkan dirinya kemalangan yang dipercayai untuk menuntut pampasan dari pemandu kereta, viral di media sosial. 

Dalam kejadian yang berlaku pada awal bulan Julai ketika seorang pemandu wanita sedang melalui jalan tersebut sebelum penunggang motosikal terbabit muncul dari sebelah kiri dan mengundurkan motosikalnya sehingga berlaku pelanggaran yang disengajakan. 


Suspek yang memakai jaket hitam itu kemudian menghempaskan badannya ke kereta itu seolah-olah dia telah dilanggar oleh pemandu wanita itu. 


"What the hell? You idiot!" kata pemandu wanita berkenaan. 

Wanita itu kemudian keluar dari kereta untuk berdepan dengan penunggang motosikal dan rakannya yang yang merakam situasi selepas kejadian itu berlaku. 

Kedua-dua lelaki itu menegaskan bahawa wanita itu telah melanggar penunggang motosikal terbabit. Bagaimanapun wanita itu memaklumkan bahawa keretanya mempunyai 'dashcam' dan telah merakam tindakan mereka yang cuba menipunya. 

Terkejut dengan perkara itu, kedua-dua suspek kemudian segera melarikan diri kerana bimbang wajah dan identiti mereka dirakam dashcam tersebut. 



"I've got a camera. Do you understand you are on video, you complete idiot!" katanya sebelum menghubungi pihak polis. 

Difahamkan rakaman itu dirakam pada 2 Julai dan dimuat naik ke media sosial sebagai amaran kepada golongan scammer yang lain. 


Identiti pemandu wanita itu juga tidak didedahkan dan tidak dapat dipastikan sama ada polis menyiasat kejadian itu ataupun tidak.

Sementara itu di media sosial, netizen berkata wanita itu sepatutnya membiarkan dua lelaki itu meneruskan kegiatan itu dan menghubungi pihak polis.

"Dia sepatutnya biarkan dulu dua lelak itu terus berlakon dan menghubungi pihak polis. Bila polis dah tiba di tempat kejadian, barulah dia beritahu kepada pihak polis yang dua lelaki itu cuba menipunya dan tunjukkan sekali rakaman dashcam itu. Biar padan muka mereka berdua kena tangkap terus," kata netizen.


from The Reporter http://ift.tt/2teNeFz
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2umHYix
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...