Dalam kejadian di waktu tengah hari di pinggir daerah Chongqing pada Khamis lalu, Xu Qiankai, 29, ketika itu yang sedang memandu kereta api ternampak seorang wanita warga emas mahu melintas landasan itu tanpa menyedari kereta api yang semakin menghampirinya.
Xu segera menarik brek kecemasan dan membunyikan hon sebagai tanda amaran kepada wanita itu. Malangnya wanita itu terkedu di tengah-tengah landasan.
Menyedari wanita itu akan dilanggar jika dia tidak bertindak, Xu tanpa ragu-ragu terjun dari kereta api dan berlari mendapatkan wanita itu dengan kereta api yang masih bergerak di belakangnya.
Xu berjaya menolak wanita itu tepat pada masanya, malangnya dia tidak sempat menyelamatkan dirinya. Akibatnya, Xu kehilangan kaki kanannya yang digilis kereta api jenis lokomotif itu.
Xu kemudian dikejarkan ke hospital dan doktor terpaksa memotong kaki kanannya sehingga ke paras lutut.
"Walaupun saya kehilangan sebelah kaki, saya telah berjaya menyelamatkan nyawa," kata Xu kepada media ketika ditemui wartawan di hospital.
"Sekiranya saya terpaksa melakukannya lagi, saya akan melakukan perkara yang sama," katanya.
from The Reporter http://ift.tt/2uGutaS
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2u7Olqx
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment