KUALA LUMPUR - Di kala ramai yang menyuarakan kekesalan mereka dengan tindakan beberapa lelaki yang telah 'mencabul' papan poster Nor Shafila Khairussalleh, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) pula menyifatkan kesalahan itu bukan hanya terletak pada lelaki yang melakukan perbuatan tidak senonoh itu, tetapi pihak Shell juga perlu dipersalahkan.
"Menggunakan wanita untuk melariskan jualan tetap merupakan perbuatan mengeksploitasi yang menyimpang daripada nilai kesucian wanita dalam Islam," memetik kata Presiden Isma, Abdullah Zaik Abdul Rahman kepada Free Malaysia Today.
Terdahulu, netizen di media sosial mengecam tindakan beberapa lelaki yang melakukan aksi lucah pada papan poster Nor Shafila. Tidak beberapa lama selepas portal mStar menyiarkan kenyataan Nor Shafila yang kesal dengan tindakan beberapa individu terbabit, Shell mengambil tindakan menurunkan papan poster itu di semua stesennya.
Meskipun Nor Shafila sebelum ini berkata dia tidak kisah jika ada pelanggan Shell yang menutup mata, mencubit hidung dan memeluk posternya, tetapi bagi Abdullah, Norshafila turut bersalah.
"Wanita yang bermaruah tidak patut terima untuk menjadi model mempromosikan jualan walaupun dia menutup aurat dan memakai tudung.
"Adalah fitrah untuk lelaki terangsang apabila melihat perempuan, walaupun lelaki sepatutnya menjaga pandangan dan mengawal tingkah laku. Ini membayangkan tahap keruntuhan moral paling rendah. Iman, takwa dan hati budi tidak lagi dapat mengawal tingkah laku mereka," katanya.
Bagaimanapun, Presiden Isma tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada lelaki yang mengambil gambar sedemikian dan menegaskan bahawa syarikat Shell yang tidak bertanggungjawab 'mempergunakan wanita' untuk melariskan jualan.
from The Reporter http://ift.tt/2uMhio9
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2tjfGEy
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment