loading...

Tuesday, 4 July 2017

'Saya mohon, bantulah bayi saya yang hidap kanser darah ini'


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Anak saya, Muhammad Amin Iskandar bin Mohd Rizal, 6 bulan, telah disahkan menghidap kanser darah. Namun jenis kanser darah yang mana masih tidak dapat diketahui walaupun sudah berkali-kali sampel darah diambil. 

Oleh yang demikian, sampel darah Amin akan dihantar ke Jerman untuk ujian selanjutnya kerana platlet darah yang turun naik, sel darah putih yang lebih tinggi dari darah merah dan hati serta limpa yang masih membengkak. 

Doktor Pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) masih belum dapat mengenalpasti punca masalah ini. Amin juga akan menjalani prosedur pengambilan sampel sumsum tulang buat kali yang kedua.

Mungkin permintaan saya ini agak berat tetapi saya benar-benar memerlukannya. Saya memohon jasa baik pada sesiapa yang sudi tampil menjadi penderma darah mengikut pembentukan darah yang sama seperti Amin (pembentukan/pecahan darah orang Asia Barat). Bukan jenias darah apa, tetapi pecahan/pembentukan darah. Darah yang diperlukan adalah dari bayi sehingga kanak-kanak. Darah orang dewasa tidak boleh digunakan oleh Amin. 

Saya sanggup membayar sekiranya ada yang sudi membantu. Sebelum itu, sampel darah perlu diambil untuk memastikan jenis bentuk darah yang benar-benar sesuai untuk Amin. 

Sekiranya anda tidak dapat membantu menderma, mohon bantu untuk menyebarkan rayuan saya ini. Siapa tahu ada hamba Allah yang Allah gerakkan hatinya untuk membantu menyelamatkan nyawa anak saya. 

Kalau ada yang sudi, boleh hubungi saya di Facebook Nurizzaty Bahari (http://ift.tt/2sCrHWJ). 


from The Reporter http://ift.tt/2sIOD1L
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2smjFwY
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...