loading...

Saturday, 8 July 2017

Padah bawa balik rakan sebaya, adik perempuan dirogol sehingga lahirkan bayi lelaki


PADANG BESAR, PERLIS - Tindakan seorang remaja membawa rakan sebayanya bermalam di rumah mengundang padah apabila lelaki itu merogol adik perempuannya sehingga hamil dan melahirkan seorang bayi lelaki di Berseri, baru-baru ini, lapor Berita Harian

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Ghazani Abd Ghani berkata, mangsa berusia 14 tahun dipercayai dirogol ketika masih berusia 13 tahun dan melahirkan bayi lelaki itu di rumahnya pada 20 Jun lalu. 

"Kita menerima laporan pada jam 4.20 petang daripada pihak Hospital Tuanku Fauziah (HFT) Kangar yang memaklumkan menerima pesakit iaitu seorang pelajar tingkatan dua melahirkan bayi lelaki. 

"Siasatan mendapati mangsa mengadu sakit perut pada jam 12.30 tengah hari ketika berada di sekolah. Mangsa kemudian dijemput oleh ibunya di sekolah, yang menyangka anak perempuannya itu mengalami senggugut. 

"Mangsa dan bayi kemudian dihantar ke HTF," katanya memetik laporan dari Berita Harian

Siasatan mendapati, mangsa mengenali suspek berusia 16 tahun dan telah terlanjur bersama lelaki terbabit sebanyak tiga kali pada bulan Oktober 2016. 

Suspek telahpun ditahan, namun dibebaskan semula dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan atas kesalahan merogol. 


from The Reporter http://ift.tt/2u2Pq2Q
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2sY2Vfb
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...