Wanita berusia 21 tahun menggunakan nama Bella Barbie itu berkata, wajah sebenar lelaki yang terkenal dengan nama Miyyo Rizone itu adalah amat berbeza dengan wajahnya yang sebenarnya.
Dakwa Bella, lelaki itu telah menipu orang ramai dengan hanya menggunakan beberapa aplikasi penyuntingan gambar seperti Camera360 dan Beauty Plus untuk mengubah wajahnya menyerupai watak anime untuk mendapatkan perhatian.
"Sebab itu Miyyo Rizone tidak mahu munculkan dirinya apabila ada beberapa rancangan di televisyen menjemputnya ke set rakaman kerana wajahnya berbeza dengan gambar yang diviralkan.
"Selain wajah, namanya Amirul Rizwan Musa yang didedahkan kepada media juga bukanlah nama sebenar kerana saya mengenali rapat dengannya sebelum ini. Nama sebenar lelaki ini adalah Muhammad Syahrizal Ikhwan bin Musa," katanya.
Tambahnya lagi, kos pembedahan yang dijalankan oleh lelaki itu juga bukanlah RM200,000, sebaliknya kos pembedahan itu tidak sampai RM5,000.
"Saya sendiri pernah menemani Miyyo untuk membuat pembedahan wajah di dalam negara dan saya tahu nilai sebenar kos pembedahan itu.
"Saya mengenalinya tujuh bulan lalu daripada rakan saya dan dia pernah bercerita kepada kami bahawa dia pernah menjalani pembedahan mencecah RM500,000," katanya.
Dakwa Bella lagi, lelaki itu juga gemar mendongakkan mukanya apabila merakam video dan gambar untuk menampakkan dirinya kurus.
Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan Bella yang dianggap sengaja menjatuhkan kawannya sendiri. Bagaimanapun Bella menafikan dan menjelaskan bahawa dia bukan mahu mengaibkan atau mencari publisiti murahan tetapi tidak mahu orang ramai terus terperdaya dengan gambar yang diedit oleh lelaki itu.
from The Reporter http://ift.tt/2uIfJbr
via IFTTT
from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat http://ift.tt/2tzrmmw
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment