loading...

Wednesday, 27 July 2022

Lebih 1.2 juta pelancong warga China masih belum keluar dari Malaysia

'

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan lebih 1.2 juga warga China yang masuk ke Malaysia tidak keluar dalam tempoh antara 2018 hingga 2021. 


Rekod keluar dan masuk Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh itu adalah seramai 7,177,043 orang. Namun, jumlah yang keluar hanya seramai 5,954,765 orang sahaja. Baki 1,222,278 orang pula masih belum keluar dari Malaysia. 


"Berdasarkan rekod JIM, ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh 2018 hingga 2021 seramai 7,177,043 orang.


"Sementara, pelepasan warga China yang keluar dari negara pada 2018 hingga 2021 adalah seramai 5,954,765 orang," katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.


Terdahulu, Datuk Shabudin Yahaya (Bersatu-Tasek Gelugor) yang bertanyakan bilangan warga China yang masuk dan keluar semula dari Malaysia antara 2018 hingga 2021, serta jumlah yang berkahwin dengan rakyat tempatan dan menetap di negara ini.


Sementara itu, rekod dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tempoh yang sama menunjukkan seramai 2,960 wanita warga China memilih untuk menetap di negara ini dan berkahwin dengan warga tempatan. 


"Seksyen 27 Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) menyatakan, perkahwinan bagi tiap-tiap orang yang bermastautin secara biasanya di Malaysia bagi setiap individu yang bermastautin di luar negara adalah seorang warganegara atau berdomisil di Malaysia selepas tarikh yang ditetapkan, hendaklah didaftarkan menurut akta ini," katanya.


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/5KazHX8
via IFTTT

from Cerita Terkini Sensasi Dan Tepat https://ift.tt/17ohINW
via IFTTT

0 comments:

Post a Comment

loading...